PAUSE HERE

Khamis, 28 Mei 2020

Selamat Hari Raya CovEID



Assalamualaikum

Apa khabar kepada semua pembaca blogger aku.

Semua sihat? Puasa 30 hari, berjaya ke? Kalau berjaya dan saya sihat, saya ucapkan tahniah kepada anda semua.

So, hari apa yang kita nak bincangkan bersama? Aku rasa kalau korang tengok tajuk jer, korang dah tahu kita nak berbual pasal apa. So, hari ini aku nak berbual dengan korang tentang raya bersama Corona virus.

First, biar aku cerita tentang raya aku terlebih dahulu. Tiga hari sebelum raya, aku dikhabarkan dengan berita buruk tentang kesihatan pak cik aku. Pak cik aku disahkan mempunyai masalah organ dan terpaksa ditahan di wad kecemasan tahap merah. Bila kita dah sebut pasal tahap merah, maknanya tahap berbahaya. Pak cik aku dia punya bahaya siap kena pakai mesin pernafasan sebab dia susah nak bernafas. Pak cik aku ni, dari muda memang dah lumpuh dan tak boleh berjalan. Jadi kesian. Kami sekeluarga nak datang melawat pun tak boleh. 

Jadi, kami sekeluarga terus beraya dan pulang ke kampung sebelah ibu aku. Kami tak beraya sebelah ayah aku, sebab pak cik aku sakit dan tak boleh datang melawat. Untuk maklumat korang, kampung kedua-dua ibu dan ayah aku dekat perak. So, aku boleh balik, sebab dalam negeri.

Stop cerita pasal benda sedih dan serius. Sekarang, mari kita cerita pengalaman beraya aku di kampung ibu aku. Bagi aku macam tak ada beza hari raya covid dengan hari raya biasa. Sebab apa? Sebab kebanyakkkan saudara mara aku semua duduk Perak. Sampai ada yang saudara mara aku duduk sebelah-sebelah. So, raya covid ni still meriah. Aku rasa gambar aku tu cukup menceritakan kemeriahan hari raya aku.

So, cukuplah cerita pasal raya aku. Mesti korang bosan kan. So apa kata aku dengar cerita raya korang. Meh-meh, cerita.

Sayonara,
Sekian.