Sabtu, 10 Ogos 2019

BoBoiBoy Movie 2 ( No Spoiler)


Assalamualaikum.

Apa khabar semua pembaca blog aku. Kita semua telah digempar-gempurkan tentang filem animasi baru iaitu BoBoiBoy Movie 2. Setelah tiga tahun BoBoiBoy Movie berehat, mereka memunculkan diri dengan penuh gayanya. Korang dah tengok ke belum filem animasi buatan Malaysia. Kalau belum pergilah tengok sekarang sebelum ada orang kasi spoiler. Sejujurnya aku sudah menonton cerita ini.

Untuk tahun ini sahaja, Malaysia telah mengeluarkan tiga filem animasi, antaranya ialah Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal, Ejen Ali Neo, dan BoBoiBoy Movie 2. Dua daripada tiga filem animasi tersebut, sudah pun keluar di pawagam dan kedua-duanya mendapat sambutan hangat. Bila dikatakan tahun ini ialah tahun perkembangan animasi.

Aku takkan bagi sebarang spoiler tapi aku akan bagitahu kenapa perlu menonton filem animasi ini. Yang pertama, dalam filem BoBoiBoy ini ada banyak suprise yang korang tak sangka-sangkakan. Dan mungkin persoalan-persoalan korang tentang beberapa episode di BoBoiBoy Galaxy akan terjawab dalam filem ini. Yang Kedua, Lawak-lawak dalam filem ini, sungguh lawak. Bukannya lawak seronok sendiri. Confirm, korang akan gelak-gelak ketika menonton filem ini. Yang Ketiga, aksi lawan bukan aksi lawan biasa-biasa malah lebih Epic daripada apa yang disangkakan.

BoBoiBoy Movie 2 ditayangkan serentak pada lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos nanti. Hebat bukan. Filem animasi ini pada tayangan pertamanya telah mengutip sebanyak 1.18 juta ringgit Malaysia. Sangat mengagumkan bukan. 

Ini adalah antara komen yang diambil dari artikel Astro Awani 


done tgk dgn ayah aku yg dh umur 81 tahun. sumpah best weh. even kau tak prnh tgk boboiboy, boleh je layan movie ni. animation serius lawa, background music epik gila.. punchline semua sampai. so supportla animation lokal kita. overall 9.5/10. terbaik!


I WATCH THE MOVIE TWICE!! 😁😁I promise, this movie is worth to watch! No matter how old you are! #BBBM2 #BoBoiBoyMovie2
Bukan sahaja itu, pihak Monsta Production juga turut meminta kita untuk stay dipanggung wayang hingga credit title habis untuk scene yang penting. Scene apa yang penting di hujung credit. Korang nak tahu? Kenalah tengok filem ini terlebih dahulu.

Btw, aku sebagai student animation aku berasa bangga dengan tahap animasi tempatan kita. Jadi mari kita sokong animasi tempatan kita kerana didengar khabar Monsta mahu mengeluarkan filem animasi pada setiap tahun. Hebat bukan ? Gambar bawah ini aku berikan pada korang untuk korang teka apa Monsta punya next project. Hihihi