PAUSE HERE

Selasa, 3 Ogos 2021

Perasaan Aku Je?



 Assalamualaikum.

Dah lama aku tak menulis dekat blog aku. Sebab aku sibuk? Tak juga. Aku tak adalah sibuk mana. Mungkin aku malas nak update blog aku sebab ada hal lain lebih diutamakan. Mungkinlah. Aku pun tak tahu nak bagi alasan apa sebab tak update blog.

Aku sebenarnya baru teringat kenapa aku cipta blog aku ni. Aku cipta sebab aku nak luahkan perasaan aku, share tips, share story, share macam-maca lah. Tapi hari ini aku nak share benda lain, aku nak share tentang perasaan aku.

Aku rasa aku ni ada penyakitlah. Aku selalu rasa macam orang sekeliling macam tak suka dengan aku. Aku selalu rasa diri aku ni jahat terhadap orang lain. Padahal mereka tak pernah pun cakap mereka tak suka aku or mereka tak selesa dengan aku.

Kadang-kadang aku saja bawa diri sebab aku rasa macam orang tak suka aku. Aku duduk seorang diri dalam bilik, nak elak jumpa orang. Kadang-kadang aku rasa mereka semua ada kawan yang lagi better daripada aku, jadi untuk apa mereka ada. Entah kenapa aku rasa macam aku ni banyak kurang.

Mungkin ini bisikan syaitan. Tapi bagi aku better aku ada perasaan macam ni supaya aku behave. Kau bayangkan aku tak ada perasaan macam ini, mungkin akan sedap-sedap bergurau sampai sakitkan hati kawan aku. Kalau aku ada perasaan macam ini, mungkin aku akan behave dalam segi percakapan aku and mybe perbuatan aku.

Ada orang kata, bukan kah asingkan diri boleh buat kita tertekan. Sebenarnya, dia ikut orang juga. Aku jenis asingkan diri bukan untuk fikirkan masalah aku sampai aku sendiri stress. Aku asingkan diri aku sebab aku nak elak sesuatu benda berlaku dan nak ambil masa untuk tenangkan diri. Contohnya, aku tengah marah dengan seseorang ni, aku asingkan diri aku dari dia sebab aku tak nak termarah dia and sakitkan hati dia. Dan aku nak berikan diri aku masa untuk bertenang, supaya marah aku hilang.

Aku rasa itu jer kot aku nak cerita. Sekadar nak buat update terbaru dekat blog. Apa-apa pun, aku harap semua stay safe sebab kes tengah naik teruk.

Sekian.

13 ulasan:

  1. Saya pulak buat blog sebab memang dah berblog sebelum lain lain med sos

    BalasPadam
  2. Mengangsingkan itu tindakan betul supaya kita tak buat perbuatan lain. Aku harap kau baik baik sahaja

    BalasPadam
  3. Faham dengan perasaan rasa macam orang tak suka tu. lagi-lagi kawan keliling aku semua kaya, aku pulak dari keluarga biasa. Lagilah rasa macam tak layak nak kawan dengan mereka. Tapi apa2 pun, tak salah pun kalau nak asingkan diri dari orang kalau tu buat kita lagi selesa.

    BalasPadam
  4. kadang-kadang pernah jugak rasa macamtu, rasa semua orang tak suka kita. tapi betullah tu, bila kita ada perasaan ni membuatkan kita lebih behave dengan orang lain. aku ada kenalan yang memang dia layan orang pun ikut suka hati kepala dia hahaha. yang tu betul perangai mintak dibenci

    BalasPadam
  5. Sama lah. Aku pun ada perasaan mcm tu jugak. As a result aku takde kawan sangat sebab aku treat semua orang biasa-biasa je. Takut nak rapat dgn org. Takut diorang sbnrnya tak suka kita. haha. Entah lah. Masalah overthinking je kot.

    BalasPadam
  6. Waahh, lamanya Mirul tak ada. Well wlecome back bro! Bukan ko sorang je tapi itu masalah umat yang selalu terlebih pikir. heran. Haha

    BalasPadam
  7. Relatable, betullah awak cakap, asingkan diri is better than it leads to something yang lebih buruk

    BalasPadam
  8. Relatable sangat. Samalah Far pon jenis yang suka asingkan diri sebab taknak ada yang sakit hati. Cakap pon bila perlu saje, takut terlebih/terlepas cakap benda2 yang boleh mengguris perasaan. Anyway, stay safe during this pandemic.

    BalasPadam
  9. tenggelam timbul saja kan... dulu mungkin banyak masa untuk blog... sedar tak sedar kita ni makin banyak tanggungjawap & banyak masalah perlu difikirkan... :D
    kadang masalah xboleh dilayan sangat...

    BalasPadam
  10. I hope you'll feel better again soon. In shaa Allah. Take your time to process all these things.

    BalasPadam
  11. semoga awak baik-baik sahaja ye..

    BalasPadam