PAUSE HERE

Sabtu, 6 Oktober 2018

Dua Bulan Di Alam Universiti


Assalamualaikum anda-anda semua.

Adakah anda semua merindui Amirul Rahman? Ya, mungkin korang dah tak kenal siapa aku. So, macam biasa, aku terlalu sibuk hingga  blog aku hampir jadi debu. Bukan apa, sekarang aku sudah digelar sebagai mahasiswa UiTM, maka aku bertambah busy dan lagi-lagi aku nak fokus dengan assignment yang berlambak. Alang-alang aku dah buka pasal topik UiTM, so apa kata aku ceritakan sedikit pengalaman setakat ini sebagai menjadi mahasiswa

Pada mulanya aku mendaftar, memang macam tak ada kawan. Nak tegur orang pun aku rasa takut. Maklumlah muka-muka tak kenal semua. So, aku just berkenalan dan lepak dengan housemates aku jer. So, housemates aku ada lapan orang, kira banyaklah juga kawan time first-first masuk.

Tapi aku tak adalah tak buat kawan langsung. Ada juga aku buat kawan. Dan aku bukan jenis pilih kawan sebab mak aku selalu berpesan untuk berkawan dengan semua orang dengan syarat, yang buruk kita pendoman, yang baik kita buat contoh. So, berbalik pada topik asal aku, tadi pasal kawan. Satu hari ni, aku rasa hari Khamis, Animation buat satu malam sebagai event Cartoon Nite. Event ini best dan event ini mengalakkan semua student Animation diploma part 1 pakai baju cosplay. So malam itu adalah first time aku pakai baju cosplay. Aku jadi cosplay apa? Aku jadi cosplay akatsuki. Nak gambar aku pakai cosplay? Sory, ia adalah edisi terhad. Jadi dalam nak menjayakan Cartoon Nite ni, aku terpaksa membuka mulut dan berkawan dengan semua orang. Dan event ni yang buat aku start berkawan separuh dari student animation batch aku.

Lepas tu, aku mula start hadir first class. Pengalaman dia sangat berbeza dari zaman sekolah dan ia amat mengecewakan aku. Sebab aku style class zaman sekolah sebab kena hadap muka yang setiap hari. Kalau class acah-acah universiti ni, kelas lain muka lain. So aku tak suka benda macam tu. Tapi tak apa aku akan biasakan diri. Dan dengan adanya class-class ini, aku mula nampak baik dan buruk classmates aku. Buruk tu tak payah cerita lah.

Okeylah, aku stop sampai sini sajalah. Sebenarnya aku ada banyak topik yang hendak distorykan disini. Tapi kalau aku story semuanya dekat sini, mahu jadi novel. Tak pasal adaptasi jadi drama pula. Eh eh, aku dah start mengarut. Okeylah, jumpa pada next entry.