PAUSE HERE

Rabu, 30 Oktober 2019

Coretan Cerita Selepas Aku Hilang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog Mirul

Macam biasa, sebelum aku cerita apa yang aku nak cerita, aku akan tanya khabar korang semua. So, adakah korang sihat selalu? Kalau sihat, alhamdulillah. Aku dekat sini sihat jer.

Nak dekat dua bulan aku belajar dalam semester tiga ini. Macam-macam dugaan aku hadapi. Macam-macam assignment aku dapat. Kawan-kawan sekelas aku kata, semester ni tak terlampau sibuk dan banyak assignment tapi bagi aku semester ini, aku lebih busy dari orang lain.

Sebab apa aku busy? Aku dekat universiti, aku banyak terlibat dengan program. Lagi-lagi, aku ada dua jawatan dekat dua persatuan di universiti. Dua-dua jawatan itu berkaitan dengan multimedia. Mungkin sebab aku memang hebat bab-bab edit video dan gambar. HIHIHI! Lantaklah, busy aku bukan busy orang. HAHAHAHAHAHAHA. Done gelak.

Baru-baru ini, aku lepak dengan kawan-kawan lelaki aku. Kitorang borak-borak tentang crush masing-masing. Terkejut aku dengar cerita kawan aku bila dia cakap "Aku siap bagitahu parents aku, aku nak kahwin dengan si dia". Aku macam. WOW. Kau punya tahap series sampai macam tu ya.

Tapi yang sedihnya, dalam perbualan ni, aku rasa macam aku alone. Sebab diorang semua pernah rasa berpasangan dan bercinta. Aku ini, tak pernah rasa bercinta. Kerja aku asyik crush jer memanjang. Aku pun tak tahu sampai bila nak hidup single ni. Memang lah orang kata, jodoh itu pasti datang. Tapi bila nak datang. Aku dah bosan menunggu nya.

Aku tak pernah mengorat awek? Of course aku pernah try-try pikat crush aku yang lama-lama. Tapi aku kena friend zone. Maka aku sedih di penghujung bilik.

Siapa sini geng single, angkatlah tangan. Aku tak nak lah single sorang-sorang. HAHHAHAHA.

Sebelum aku tutup kata, aku nak cakap sesuatu, InshaAllah aku cuba try untuk update setiap minggu sekali. Aku akan cuba sedaya upaya aku.

Okey bye korang, sekian.