PAUSE HERE

Jumaat, 20 November 2015

Ouh Cuti Ku

Assalamualaikum. Apa khabar korang. Rindu Mirul tak ? Nampaknya Mirul akan bercuti panjang. Maklumlah dah cuti sekolah. Tapi satu perkara saja. Sekarang Mirul tak tahu nak pergi bercuti kat mana. Tahun lepas, rumah sendiri jadi tempat cuti. Korang mesti bercuti kat place yang menarik kan. Mesti pergi bercuti kat tempat yang ada view yang cantik. Untung lah kalau dapat bercuti.

Mirul rasa Mirul nak uruskan hamster Mirul sepanjang cuti ni. Untuk pengetahuan korang. Hamster Mirul si Datin Seaki dah beranak 6 ekor anak pada 8/11/15. Tapi keesokannya tinggal 5 ekor saja. Lagi sekor kena Makan. Disebabkan bilangan hamster Mirul semakin banyak, Mirul kenalah fokus pada hamster Mirul. Orang cakap bila hamster dah banyak, rasa payah nak bela. Tapi Mirul akan cuba bela sampai 100 ekor hamster. Tu pun kalau larat.

Untuk cuti ni juga. Mirul tak boleh duduk diam. Sebab Mirul kena tunggu result PT3. Mirul harap Mirul dapat gred yang memuaskan untuk PT3. Mirul nanti dah nak masuk form 4. Mirul cadang nak masuk kelas sains. Tapi kenalah tengok rezeki kita dulu.

Apa-apa pun, Mirul nak ucapkan selamat bercuti kepada semua Murid dekat luar sana. Bila bercuti ni, janganlah tak ingat dunia. Manfaatkan cuti korang.