PAUSE HERE

Jumaat, 31 Julai 2015

Hallo August. Hye Mr



Assalamualaikum

Selamat bulan baru. Macam mana dengan bulan 7 korang. Ada banyak cerita menarik tak. Mirul nak cakap bulan lepas banyak perkara suka duka yang datang. Mirul rasa bulan lepas ialah bulan malang bagi Mirul. Sebab banyak yang teruk daripada yang baik.

Bulan 8 ni pula, Mirul akan menghadapi Ujian Percubaan PT3. Untuk pengetahuan korang, memang susah nak jawab. Kalau PT3 yang betul, mesti Mirul dah pengsan. Ujian bertutur BM, nampak senang. Ujian mendengar BM pun nampak senang tapi BI kedua-duanya susah. Nak buat macam mana. Lahir lambat lagi. Kan dah kena hadap PT3.

Mirul juga berharap bulan 8 ini akan memberika sejuta kebaikan dalam hidup Mirul. Bila cakap pasal bulan 8, itu maknya nak dekat cuti sekolah. Yeahhh!!!. Seronoknya.. Mirul harap korang boleh doakan Mirul untuk berjaya dalam PT3. Good luck for me.

2 ulasan: