PAUSE HERE

Selasa, 29 Disember 2015

Cerita-Ceritu 2015

Assalamualaikum korang semua. Macam mana dengan 2015 korang. Best tak? Korang nak tahu ker aku punya 2015 macam mana. Haaaaa ni lah yang aku nak story kan. Kali ni aku akan cerita tentang 2015 aku. Maklumlah, nanti 2016.

Cerita pertama. Cerita pertama mestilah pasal PT3. Aku time jawab periksa awal tahun. Rasa takutnya macam nampak Annabelle kat depan. Waktu aku form 2, aku fikir PT3 ni payah lah. Bila aku dah naik form 3 baru aku tahu PT3 ni nampak saja susah. Tapi memang membantu. PT3 ni macam susah nak buat orang gagal. Aku tengok kawan aku yang bodoh-bodoh kurang pandai semua dapat A. Ada yang 3A. Ada yang 2A. Nampak tak, PT3 ni mudahkan kita dapat A dan menyukarkan kita dapat F. So bersyukurlah.

Cerita kedua. Datangnya ahli baru si Hamster. Kalau korang ikut blog aku dari dulu. Korang dah tahu story ni. Aku dapat hamster raya 2015. Seronok time tu. Punyalah comel si hamster tu. Pasal cerita hamster tak payah nak cerita panjang. Sebab aku rasa korang dah tahu.

Cerit ketiga. Kejutan dapat phone dari my mom. Aku waktu tu tengah baring ala-ala Puteri Salju tunggu dicium si putera. Muahahahaha^^. Tiba-tiba, my mom ajak aku dengan adik aku, akak aku ikut mak aku masuk kereta. Kitorang pun tak tahu mana kitorang akan sampai. Tengok-tengok, my mom bawak aku ke Dmall. Nak belikan phone untuk aku dan adik beradik aku katanya. Time tu, rasa nak melompat-lompat. Tapi malulah ramai orang.

Cerita keempat. Dapat si arnab. Aku dapat arnab akhir tahun 2015. Lama juga nak dapatkan arnab. Aku beli 3 ekor arnab. Katanya arnab puteri salju. KIKIKIKI^^. Tapi mati seekor. Siapa buat. Aku sendiri buat. Hahahah^^. Tinggal lah dua ekor arnab tu. So, kenalah jaga elok-elok arnab tu.

Sampai sini saja cerita-ceritu 2015 aku. Aku memang jenis tak suka taip panjang-panjang. Biar sikit, asalkan korang paham. Paham ke. Cakap tak paham, siap kau. Muahahahahahahahahaha. Gelak ahli sihir. Jumpa nanti. Seeya

Selasa, 22 Disember 2015

Perginya Si Arnab & Si Hamster

Assalamualaikum korang. Mirul ada cerita sedih yang Mirul nak ceritakan dekat korang semua. Mungkin tak sedih bagi korang. Tapi bagi aku sedih. Aku dah bela arnab aku selama 4 hari. Ia 4 hari. Nampak macam tak lama pun aku belakan. Tapi aku nak ceritakan yang seekor hamster dan seekor arnab aku mati.

Arnab aku mati 21/12. Tarikh yang cantik bukan. Memang cantik. Tapi momentnya jer tak cantik. Waktu pagi tu, aku main dengan arnab aku. Bersuka ria dengan kesayangan lah katakan. Tapi ada satu malam tu. Aku nak keluarkan dia dari sangkar. Lepas tu dia bergerak-gerak nak lepaskan diri. Lepas tu dia terjatuh. Lepas tu dia bergerak-gerak lagi. Terjatuh lagi. Arnab aku tu baru 2 bulan. Untuk maklumat korang, arnab ialah satu haiwan yang memerlukan kelembutan 100%. Kerana jantung arnab sangat sentitif. Arnab tidak boleh sangat terkejut. Ia akan mati. Dan arnab aku sangat terkejut. Tersangat-sangat. Sebab tu dia mati. Aku tanam dia dekat pokok pelam. Dan nama arnab aku Tengku Zebra dan aku masih ada dua lagi arnab yang still dengan aku.

Keesokan 22/12, hamster aku pula mati. Time tu Mirul tengah main phone. Lepas tu, my mom tengok dekat sangkar nampak hamster aku tergantung. Kepala separuh dalam sangkar. Badan dia luar sangkar. Nampak macam dia bunuh diri. My mom tanam hamster aku betul-betul sebelah kubur Tengku Zebra.

Maafkan aku sebab tak boleh jaga dua ekor haiwan ni.

Sabtu, 19 Disember 2015

Tiga Arnab Puteri Salju

Assalamualaikum. Hoi korang. Hahahaha^^. Ada tak yang tahu Mirul membela hamster. Sekarang bilangan hamster Mirul dah banyak. Disebabkan Mirul jenis yang suka sangat dengan haiwan-haiwan ketot yang comel, jadi Mirul beli 3 ekor arnab. Setakat ini nama ketiga-tiga arnab ni belum ada.

Mirul beli arnab di dekat rumah kampung, bukan dekat kedai yerr. Nak cari tiga arnab ni memang payah betul. Hampir-hampir nak sesat dah. Dah lah time tu waktu hujan. Kita orang pun mencari sampai dapat. Akhirnya sampai juga ke rumah arnab tu. Payah betul. Sampai-sampai jer terus ke sangkar arnab tu. Buka saja sangkar tu. Mak bapak, banyak gila arnabnya. Semua comel-comel

Disebabkan semua comel-comel. Tu yang susah nak pilih yang mana satu. Mula-mula nak beli 2 ekor jer. Disebabkan semuanya comel. Beli semua terus . Beli 3 ekor jer. Tapi yang misterinya. Penjual dan pembeli pun tak tahu mana satu betina, mana satu jantan. Bergantung pada nasib jer lah. Kalau dapat yang pasangan, baguslah. Tapi kalau dapat semua sama jantina. Tak merasa lah kita dapat cucu. Hahahahahah^^. Okeylah korang. Jumpa di next entry

Isnin, 14 Disember 2015

Berapa A Mirul ??

Assalamualaikum semua. Sihat. Mirul sihat jer. Hari ni Mirul dah ambil result PT3. Mesti korang nak tahu Mirul dapat berapa A. Mirul gagal ke tak ??. Sebenarnya Mirul tak gagal dan juga tak cemerlang. Tapi Mirul ada A. Mirul mendapat 4A. Itu pun dah dikira cukup. Subjek apa yang Mirul dapat A tu. Itu biarlah rahsia. Macam mana pulak dengan subjek lain. Itu pun biarlah rahsia.

Mirul sebenarnya rasa nak nangis walupun Mirul just dapat 4A. My mom dekat sekolah dah start nak menangis. Mirul apa lagi, Mirul tak kasi lah my mom menangis. BTW, mungkin my mom tak sangka anak dia dia ni pandai. Pandailah konon. Tapi bila Mirul tengok tangisan gembira my mom, Mirul mula terfikir. Tangisan tu tak cukup gembira. Mirul kena gembirakan my mom lagi waktu SPM.

Untuk tahun depan, Mirul tak pasti nak ambil aliran. Mirul mula-mula nak ambil sains. Tapi bukan sains tulen. Hahaha. Tapi Mirul bila nak besar Mirul nak jadi Animator. Kalau Mirul ambil sains, harapan nak jadi animator tu agak nipis. Jadi Mirul rasa baik Mirul ambil KG. KG dia ada kelas untuk melukis. Tapi mungkin banyak dapat assignment. Mesti penat. Tapi orang kata kalau nak berjaya jangan banyak songeh. Jadi Mirul kenalah usaha. Nanti masuk U macam ni juga kerjanya. Jadi Mirul kenalah hadapi nya.

Mirul nak ucapkan tahniah bagi sesiapa saja yang dapat straight A atau yang dapat banyak A. Untuk pengetahuan korang, BI Mirul B. Lepas ni boleh lah Mirul speaking. Pandai BI rupanya Mirul ni. Hahahahahahaha^^. Apa-apa pun, kita jumpa nanti. See ya !!

Ahad, 6 Disember 2015

Kesaktian Joran Hitam Putih

Assalamualaikum semua. Hari ni bukan hari jadi Mirul. Hari jadi Mirul 7/12. Maknanya esoklah hari jadi Mirul. Nampaknya Mirul dah semakin tua. Tahun depan dah jadi tingkatan 4. Rasa macam dah besar pulak. Hihihihi ^^. Apa yang Mirul nak kongsikan ialah hadiah-hadiah atau moment-moment pada hari jadi Mirul yang lalu.

Mirul pernah dapat joran pancing. Joran tu berwarna hitam putih macam belog Mirul. Mirul menggunakan joran itu pertama kali waktu memancing dengan ayah. Waktu tu ialah moment paling best yang Mirul pernah rasa. Mirul pernah sambut hari jadi Mirul di kampung. Kek yang Mirul makan tu 100 persen buatan Mak Mirul. Rasa lebih seronok bila dapat makan masakan ibu sendiri kan.

Tapi ada peristiwa yang Mirul nak bagitahu. Mungkin ini ialah bad or sad moment. Waktu tu Mirul darjah 4. Waktu juga Mirul tengah tunggu jiran ambil Mirul. Bila Mirul dah sampai rumah. Dekat rumah tak ada mak dan abah. Dan Mirul dapat tahu Abah Mirul dibawa ke hospital. Mirul time tu rasa sedih sangat. Mirul menangis sekuat alam. Pada hari yang sama, pada waktu malam, Mirul dan adik beradik Mirul tumpang jiran depan untuk pergi Hospital. Dah sampai Hospital, lagi teruk lah menangis. Dalam perjalanan pun Mirul nangis. Waktu tu ayah Mirul koma. 50/50 harapan untuk hidup. Perasaan waktu tu memang Mirul akan nangis. Kalau korang jadi Mirul pun korang akan nangis. Selepas tu, adalah cerita lain yang terjadi. Kalau nak ceritakan memang penat nak menaipnya. Tapi yang penting Mirul bersyukur yang Abah Mirul masih hidup dan masih bersama kami sampai sekarang. Walaupun begitu, ayah Mirul tak dapat lagi memancing dengan Mirul. Terhentilah Kesaktian Joran Hitam Putih.

Btw, Mirul harap hari jadi Mirul esok akan jadi hari bertuah Mirul. Okey bye. Jumpa korang nanti.