PAUSE HERE

Khamis, 14 April 2016

Cara Satukan Hamster Dalam Satu Sangkar

Assalamualaikum. Mari aku kongsikan cara nak satukan hamster. Untuk maklumat korang, hamster yang hidup bersendirian, dan kemudian kita letak hamster baru dalam sangkar dia, hamster itu akan bergaduh. Jadi ramai yang pening kepala, nak satukan hamster mereka. So, jom kita belajar.

Cara Pertama
Cara pertama ialah sediakan pemisah. Korang boleh letak penghadang ataupun jaring. Kalau sangkar itu besar. Korang letakkan hamster korang dalam sangkar kecil, kemudian masukkan dalam sangkar besar tersebut. So, kita tengoklah reaksi mereka sepanjang seminggu atau dua minggu. Kalau still gaduh, kita guna cara lain.

Cara Kedua
Cara kedua ialah gunakan minyak wangi. Cara ini tak berkesan bagi hamster Mirul. Tapi tak per. Biar Mirul terangkan cara kedua ni. Mana tahu berkesan pada hamster korang. Spray kan minyak wangi pada kedua-dua hamster supaya bau mereka sama. Kemudian satukan. Ia lebih berkesan jika digunakan pada waktu hamster masih kecil.

Cara Ketiga 
Cara ketiga sama sahaja dengan cara kedua. Tapi bahan yang digunakan ialah bedak yang berbau wangi. Guna sahaja bedak yang korang selalu gunakan. Sapukan pada kedua-dua hamster korang. Kemudian cuba satukan. Dan lihat hasilnya.

Cara Keempat 
Gunakan serbuk kayu yang digunakan pada hamster pertama korang. Ambil serbuk kayu itu. Dan cuba gosokkan pada hamster kedua korang. Cara ini untuk samakan bau.

Cara Kelima 
Bersihkan sangkar hingga bau sangkar hilang. Spray minyak wangi atau sapukan bedak pada kedua-dua hamster supaya bau mereka sama. Kemudian, cuba satukan hamster korang.

Cara Terakhir 
Cara terakhir ialah ambil hamster kedua korang. Letakkan pada sangkar yang sudah didiami oleh hamster pertama. Jangan cuci sangkar tersebut, nanti bau hamster pertama pada sangkar tersebut hilang, Macam mana dengan hamster pertama? Hamster pertama korang boleh letakkan di sangkar lain. Biarkan hamster kedua duduk dalam beberapa minggu di sangkar hamster pertama. Supaya bau hamster pertama melekat pada hamster kedua. Jika korang rasa dah cukup lama. Satukan.

Jika enam cara ini tidak berkesan, hamster korang seperti hamster aku. Hamster ada yang akan menerima pendatang baru. Ada yang tak menerima pendatang baru kerana mereka hanya menerima adik-beradik mereka atau anak-anak mereka. Jadi disarankan membeli hamster berpasangan. Supaya tidak menghadapi masalah nak satukan hamster. Anak-anak hamster jangan dipisahkan. Jika dipisahkan terlalu lama, ia akan bergaduh. Ibu dan bapa hamster akan bergaduh bila dah lama dipisahkan, tapi akan berbaik. Ini semua berdasarkan pengalaman aku membela hamster.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan