PAUSE HERE

Selasa, 22 Mei 2018

Ramadan 2018, Result SPM, UiTM Puncak Perdana


Assalamualaikum

Korang apa khabar? Sihat? Sorry agak lama juga lah aku mendiamkan diri dalam dunia blogger. Mula-mula memang sebab busy, tapi lama-lama rasa malas nak buka blog. Tapi sekarang tengah rajin lah. So, disebabkan sudah lama diam, hari ini aku ada banyak benda nak share dekat korang.

Mula-mula aku nak ucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadan" kepada semua umat Islam termasuk kepada sesiapa yang bukan Islam yang challenge diri mereka berpuasa bersama kami yang Islam. Ofkos, bagi aku bulan puasa paling best dari bulan raya. Why? Biarlah rahsia! HAHAHAHAHAHAH.

Second, aku nak borak sikit pasal result SPM aku. Result SPM aku tak terlalu gempak. Tak terlalu mendap. Biasa-biasa saja. Nak tahu? Aku dapat 5A 3B 2C. Apa yang A? Agama, Bahasa Melayu, Geografi, Sains dan Seni. Dengan result ini aku pun mohon UPU.

21/5/2018, result UPU sudah keluar. Apa lagi, tepat pukul 12, cepat-cepat aku buka. Tapi last-last website nya problem. Dalam pukul 1 lebih, baru dapat buka. So, bila aku buka, aku punya excited tidak boleh digambarkan. Sebab itu memang course yang aku nak. Apa dia? Dia adalah Diploma Animasi. Dekat mana? Dekat UiTM Puncak Perdana. Agak jauh dari rumah aku tapi tak apa sebab nanti kita hidup berpisah juga kan?

So, selepas tahu result ini, banyak pula bend aku pikirkan. Aku ni mampu ke hidup sebagai student dekat sana? Aku ni mampu ke buat kawan dekat sana? Aku ni mampu ke ngam dengan roommate aku? Apa akan jadi dalam seminggu aku dekat sana? Macam-macam aku risaukan. Last-last, aku sendiri pun malas nak fikir dah.

Aku rasa itu jer kot. Penat taip-taip ni.
SEKIAN.

9 ulasan:

  1. heyy i pun batch '00 and i dpt asasi bi kat uia kuantan :D just wishing you a goodluck for your journey at uni nanti huhu

    BalasPadam
  2. selamat berpuasa jugak. tahniah tau sebab dapat uitm. goodluck study. wah cantiknya blog awak. saya first time datang sini & terus follow sebab suka blog ni. kalau sudi meh la singgah blog saya

    BalasPadam
  3. Selamat berpuasa. All the best for your future undertakings :)

    BalasPadam
  4. Good luck! My sister got hers at UITM in Johor lol and we live in Selangor.

    Selamat berpuasa btw!

    BalasPadam
  5. Salam ramadan mubarak and congrats for ur spm result and for ur next study

    Semoga Allah permudahkan segala urusanmu :)

    BalasPadam
  6. tahniah
    selamat belajar dan dapatkan keputusan dan ilmu praktikal yang terbaik

    BalasPadam
  7. Congrats for getting the course that you want! And good luck for your uni life, we're all nervous for the same reason, but don't worry lah. It'll be fine :)

    BalasPadam
  8. singgah sini :) salam Ramadhan and congrats on your offers to the university. no worries,you will adapt with the uni life soon. everything will be fine, goodluck

    BalasPadam