PAUSE HERE

Rabu, 29 April 2020

Salam Ramadhan, Kawan Uni Atau Sekolah


Assalamualaikum, seperti biasa aku akan bertanyakan khabar korang.

Dan seperti biasa aku akan memberitahu khabar aku. Dan khabar aku baik. Hanya aku ada selsema dan jangan risau aku negatif corona. Aku just bersin sebab aku bela kucing.

Sebelum apa-apa, aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan puasa kepada semua umat Islam. Aku tahu bulan Ramadan kali ini berbeza dari yang sebelum-sebelum. Ramadan kali ini kita tiada bazaar, tak boleh main bunga api dekat luar, tak boleh berbuka di rumah saudara-mara mahupun dikampung. Tapi tak apa, Ramadhan harus diteruskan sama seperti PKP. Jadi, apa pengalaman korang di Ramadhan PKP. Korang boleh ceritakan di ruang komen, dan aku suka untuk membacanya.


Dua gambar di atas ialah kawan-kawan aku di zaman Universiti. Series aku rindu mereka semua sebab dah hampir sebulan tak jumpa. Tapi sebenarnya time PKP ni, aku dengan diorang setiap hari Voice Call ramai-ramai. So, rasa macam diorang sentiasa ada dekat dengan aku. Aku typing blog ni sekarang pun tengah on call ramai-ramai. Geng-geng aku ni ada nama tau, kitorang dipanggil sebagai Gengila. Siap ada Instagram lagi @gengilaofficial. 

Nak jadikan cerita hari ini, hari itu aku voice call dengan gengila-gengila yang lain. Waktu tu dalam pukul 3 pagi dan 2 pagi macam tu sampai Subuh. Kiranya sehari itu, kitorang tak tidur langsung. Waktu tu bukan bulan ramadan tapi nak hampir. Nak tahu apa yang aku borakkan? 

Okey, kitorang borak pasal siapa lagi better, kawan sekolah or kawan zaman universiti. Macam-macam kami bahaskan. Dan hampir semua kawan universiti bersetuju bahawa kawan zaman universiti more better dan kawan zaman sekolah. Aku pun setuju. Nak tahu kenapa kami setuju. 

First, kawan uni hidup bersama dengan kita jauh-jauh dari parents. Kira kita nak berbahu pun dengan bahu kawan. Nak cerita masalah pun dekat diorang.

Kedua, bila kita masuk uni, kita jumpa kelompok kita. Tak faham? Macam zaman sekolah, kita dikelaskan ikut kebodohan dan kepandaian kita. Di universiti kita dikelaskan ikut course yang kita pilih. So, kawan uni lebih serasi dengan kita.

Terakhir, kawan universiti kita tak tukar-tukar. Kalau kita empat semester, empat semester lah dengan kawan universiti. Kalau time sekolah, kita asyik tukar-tukar kelas dan jumpa orang baru, dan kena cari kawan balik.

Korang setuju tak dengan aku? Kalau tak setuju, komen kenapa. Kalau setuju, pun komen juga.


Ini gambar aku bersama dengan kawan sekolah. Pada mulanya, masa aku form 4 aku rasa aku dah jumpa kawan sebenar. Sebab form 4 and form 5 satu kelas kan. Tapi nampak macam tak. Sebab tengok lah lepas zaman universiti, masing-masing senyap. Ajak lepak pun tak. Tiba-tiba update status tengah lepak, rupanya tak nak aku join (MYBE). Tapi aku tak kisah pun.

Aku tak cakap pun kawan sekolah jahat. Diorang baik. Diorang tak pernah pun pukul aku, buli aku. Just, adalah beberapa perkara yang buat aku sakit hati dan aku tak nak lah cerita. Kot, kawan sekolah aku usha pula blog ni. 

Kawan aku ada cakap, kalau kau lepak dengan kawan sekolah pun, masing-masing cerita zaman universiti and kawan universiti diorang. Dan nampaknya betul.

Kakak aku pun ada cerita, kawan sekolah ni, habis sekolah hilang lah. Kawan universiti lain. Aku mula-mula tak faham apa yang lain. Sekarang baru aku faham. Begitu rupanya.

Korang nak story pendapat korang, silakan. Aku sedia membaca dan respon.

Jumpa lagi.
Sekian.

Jumaat, 10 April 2020

Bermulalah Kelas Online


Assalamualaikum dan apa khabar kepada semua pembaca blog aku.

Alhamdulilllah, aku disini sihat belaka. Cuma, dua tiga hari ni aku asyik bersin-bersin. Tapi sekarang aku dah okey.

Baru sahaja semalam kita dikhabarkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi dua minggu iaitu pada 28 April. Seperti yang Perdana Menteri kita cakap, agak bahaya untuk menghentikan PKP terlalu awal kerana negara-negara lain yang lakukan seperti itu, jumlah pengidap covid-19 bertambah semula. Jadi, aku rasa tindakan kerajaan untuk melanjutkan PKP adalah betul.

Disebabkan PKP dilanjutkan, percutian pelajar-pelajar sekolah pun bertambah. Pembelajaran budak sekolah semua bergantung pada ibu bapa dan pelajar sendiri samada mahu belajar di rumah atau tidak perlu belajar dan enjoy saja dengan cuti.

Malah, student universiti atau UiTM terpaksa meneruskan pembelajaran diorang secara online. Banyak student yang merungut pasal benda.


Gambar diatas cukup mengatakan bahawa pelajar-pelajar sudah majoriti mahu extend tetapi gambar dibawah menunjukkan pelajar-pelajar UiTM sangat jujur walaupun tidak mahu kelas online.


Gambar di atas, menunjukkan pelajar-pelajar UiTM bersikap jujur bahawa mereka boleh sahaja ambil kelas online tetapi mereka hanya tidak mahu mengambil kelas online.

Pendapat aku pasal kelas online? Bagi aku kelas online ni kebaikan dia, kita boleh habis belajar awal dan tak perlu tangguh semester. Tapi kalau dari segi keburukan dia, akan selalu berlaku miss communication. Biasalah online. Kalau depan-depan selalu dapat information salah, apatah lagi online. Tapi, apa-apapun, aku tak ada masalah dengan kelas online.

Golongan mana yang ada masalah kelas online ni. Golongan susah tak mampu beli internet? Tidak! Sebab UiTM dah bantu beri RM30 setiap bulan untuk internet. Jadi siapa? Meh aku cerita.

Pertama, golongan pemalas. Golongan ini suka menggunakan masa yang ada untuk enjoy dan tidak berbuat apa-apa. Suka duduk rumah, tidur, makan, tidur, makan, tidur, dan kemudian gemuk.

Golongan kedua pula ialah golongan belum cuba, dah give up. Golongan ini ialah golongan yang kata mereka akan fail dan tidak akan dapat dekan jika buat kelas online. Sedangkan secara hakiki, class face to face pun tak dapat dekan.

Golongan ketiga ialah golongan yang ada internet tapi tak dapat line. Golongan ini selalunya duduk di kawasan perkampungan atau pendalaman. Berilah bantuan duit seperti mana pun, kalau internet ada, line tak ada, tak guna juga.

Golongan keempat, golongan yang sangat susah. Kalau sebelum ni boleh pinjam laptop lab or kawan. Sekarang dia tak boleh pinjam sesiapa pun.

Inilah golongan yang tidak mahu kelas online dan tidak mampu survice ketika kelas online berlangsung. Aku tegaskan balik, aku OK jer kelas online.

Akhir kata, mari kita doakan kelas online berjalan dengan baik dan wabak covid-19 berkurang dan pupus.

Sekian.