Kalau korang nak tahu hamster mempunyai macam-macam jenis. Antaranya roborovski, winter white, cambell, syrian. Hamster yang Mirul galakkan untuk dibela ialah Winter White. Syrian boleh dibela tapi dia jenis pemalas dan hidup bersendirian. Roborovski juga boleh dibela tapi lasak dan suka melompat-lompat. Mirul jumpa roborovski. Dan apa yang Mirul nampak di susah nak dijaga dan dijinak tapi senang dijodohkan. Campbell dia sama macam winter white.
Tips Memilih Hamster
Mula-mula korang kena pilih jenis hamster korang. Sebelum beli hamster, kena beli sangkar dan barang-barangnya. Hamster korang mesti beli pasangan. Maksudnya jantan dan betina. Sebab Mirul pernah beli jantan lambat. Bila Mirul masukkan dalam sangkar dia bergaduh. Antara barang yang kena beli ialah roda hamster, sangkar, rumah hamster, bedding (serbuk kayu), travelling ball, bathroom untuk hamster, makanan, air vitamin dan sand bath atau pasir mandi. Untuk sangkar, korang kena beli dua. Takut beranak pula.
Cara membela
Untuk yang membela, Jangan bermain dengan hasmter korang pada hari pertama korang beli. Tapi korang boleh tengok hamster korang sambil sebut nama dia. Nanti dia akan terbiasa. Korang mesti usap hamster korang bila ada waktu. Pastikan dia mandi setiap hari. Jangan mandi air sebab takut dia selsema dan terus mati. Pastikan ada permainan supaya dia boleh hilangkan stres. Sebab stres pun berbahaya untuk hamster. Bawa dia pijak rumput kalau ada masa. Pastikan dia cukup makan. Sangkar pula kena bersihkan seminggu dua kali sebab semut senang datang dekat sangkar.
Tips Kesihatan Hamster
Kalau hamster korang berdarah, jangan sesekali risau sebab hamster punya air liur ada kuasa. Bila dia jilat darah tu. Esoknya hilang. Kalau darah teruk kenalah bawa klinik. Hamster pun ada fobia. Kalau dia terkejut dan fobia. Badan dia akan bergetar sepanjang hari. Tapi untuk langkah jaga-jaga. Boleh hantar ke klinik haiwan. Untuk hamster yang sakit mata, boleh bawa ke klinik. Ataupun banyakkan memberi air vitamin dan makanan vitamin.
Hamster mengawan
Untuk hamster yang nak mengawan. Korang boleh tahu. Hamster jantan akan kejar si betina dan hinggap dia atasnya. Bunyi hamster juga menandakan hamster sedang melakukan. Si betina akan sentiasa lari bila si jantan cuba mengawan. Jangan risau. Biarkan saja kerana si betina akan berhenti dan jantan akan membuat proses mengawan.
Hamster Hamil
Untuk hamster yang hamil. Dia akan mula marah pada jantan. Hamster boleh beranak dalam beberapa minggu bergantung pada jenis hamster.
Kelahiran Hamster
Apabila hamster mahu lahirkan anak. Dia akan sentiasa memarahi jantan. Betina juga akan membuat sarang dengan serbuk kayu. Kalau nak senang cerita. Bila nak masuk hari kelahiran. Mula asingkan. Hamster jantan akan makan anak-anak hamster. Biarkan ia dengan ibu. Korang tak boleh tengok anak hamster yang tak ada bulu. Takut ibunya pula yang makan anaknya. Pastikan korang dah letak air dan makanan yang banyak. Sebab korang tak boleh tengok anak hamster selalu. Kalau nak lebih selamat. Korang boleh tutup sangkar dengan kain. Pastikan kain korang ada lubang untuk bernafas. Kalau anak hamster korang dah tumbuh bulu. Biarkan dia lama dengan ibunya dalam seminggu atau dua minggu. Ini takut dia masih perlukan ibu dia. Bila dah buat macam tu. Boleh letakkan disangkar lain supaya boleh hidup berdikari. Sekian
nampaknya olaf dah ada tuan baru.. huhuhuuu~
BalasPadambtw, first time tahu cara nak jaga hamster.. thanks~ ^_^
most welcome. Kalau nak bela hasmter boleh rujuk
PadamCP membalas singgahan kat sini, wah cantiknya blog !!!!
BalasPadamcecomel jer even lelaki, hehehe
pasal hamster nih, CP suka, comel tapi taleh pelok macam kucing, hehehe
terbaik!! kipidap!
BalasPadamfie singgah follow sni #45.. hit me back sometime :)
wahh ! ada hamster laa
BalasPadamComelnya blog awak. Hehe :) first time baca tips penjagaan hamster :D
BalasPadamhahaha... ye ker
PadamBela hamsters ye..:)
BalasPadamAkk dulu ade bela hamsters tp sekarang bela arnab plak
ouh..mirul maybe akan bela hamster
Padamboleh tolong anak saya x
BalasPadamanak saya dia bela hamster syrian tapi hamster tu betina.
dia nampak macam selalu menggigil .lepas tu dia duduk berseorangan dlm sangkar.
kalau macam tu dia boleh beranak ke
untuk hamster... cuba beli si jantan...dan cuba masukkan sekali si jantan dengan si betina... kalau si betina dan si jantan bergaduh hingga berdarah, itu maknannya si betina akan terus single... kerana sesetengah hamster kita boleh satukan dengan membuat bau mereka sama... tapi ada hamster takkan dapat disatukan kecuali hamster itu disatukan dengan anaknya atau adik beradiknya...
Padamhamster syrian anak saya jarang minum air yang saya sediakan .ANAK SAYA RISAU
BalasPadamuntuk langkah berjaga-berjaga... sediakan saja air di dalam sangkar... kalau dia masih tak minum...cuba hulurkan muncung botol kepada mulut si hamster...kerana tkut dia tak tahu cara nak minum air lgi
Padamhamster syrian anak saya jarang minum air yang saya sediakan .ANAK SAYA RISAU
BalasPadamanak hamster kene letak kat mane?
BalasPadamAnak hamster biarkan saja dekat tempat dia lahirkan. Jangan buat apa-apa! Bahaya
Padamanak hamster kene letak kat mane?
BalasPadamMacam mana nak tahu jantina hamster?
BalasPadamLihat bawah ekor. Klau ada 2 titik mybe betina
PadamKat mana klinik haiwan yang check hamster. Area kl eh?
BalasPadamHello.. Sy ikaa Firstime Bela Hamster tapi Hamster yg sy beli aktif sangat �� macam mana kak Jinak kan Spaya blh pegang? Nie asal sy nak tngkap dia xhenti goyang �� #sorry Firstime nie Xtau sgt ��
BalasPadamHamster jenis apa ya? Hamster yang paling susah nak jinak hamster roborovski. Paling senang nak jinak hamster syrian. Kalau nak jinakkan, sentiasa suapkan makanan and usap
Padamokeh . tapi kalau adik beradik .. dia gaduh sesame dyeorg smpai ade cedere , darah pulak . mcm mner ? nk kene pisahkn atau ade care lain . dia 3 ekor satu sangkarr .. bole tolong takk terangkn .. maaf bertnye . sbb bru lagi
BalasPadamSalam nak tanya sedikit m ster saya mengalami penyakit gatal gatal.pada bahagian badan apa ubat rawatan mereka...kesian dia ..minta penjelasan...tsh
BalasPadambawak check pergi klinik haiwan... kalau tak ada masa, beli bedak untuk hamster.. sapukan setiap hari
PadamSaya ada 2 ekor jantan dan dua ekor betina jenis robo dalam satu aquarium..kalau salah satu pasangan tu mengawan kene asingkan ke yg lain tu ke biar je?
BalasPadamsebelum asing, boleh cek saiz dia. lepas tu kena selalu pantau, adakah dia ada puting... bila nak asingkan pula, pastikan asing dalam satu sangkar kosong. mean tak ada permainan. just ada tempat makan dan minum. kalau tidak nanti dia abaikan anak dia.
PadamAssalam..kakak ipar sy ada bagi 2 ekor hamster jantan kat anak2 sy utk dibela..kononnya nak kurangkan diorg main phone la��..awalnya dia asingkan..satu dlm baldi satu lagi dlm sangkar..maaf sy xtau pulak jenis2 hamster tu tp yg seekor nampak sedikit kurus, bulu agak kasar, dan muncung panjang sikit..lagi seekor, gemuk, bulu gebu dan muncung pendek..kata kakak ipar, 2-2 jantan..sy cuba satukan diorg dlm sangkar yg sama sbb yg dlm baldi tu (gemuk) mcm agak boring sbb xde ‘mainan’..tapi yg kurus tu mcm freak-out bila bertembung dgn gemuk������..asik mencicit je..sy risau jugak dia takut sampai xmakan ke apa..dahla sy xpunya pengetahuan nak bela hamster..makanan apa nak bg, nak beli apa, nak mandi ke x?sy ni dahla geli, kuku dia plak bt sy seram����..ingat nak pisahkan balik sbb kesian kt kurus tu..huhu
BalasPadamMula-mula. Kena pastikan mereka ada spesis sama. Sebab hamster jangan disatukan dengan spesis yang lain sebab hamster lain mybe akan takut atau marah dan kemudian bergaduh. Kalau dia sama spesis, still tak ley nak ngam. Satukan mereka dalam satu sngkr tapi lagi seekor dalam keadaan berkurung, maknanya ada sangkar dalam sangkar
PadamAssalamualaikum.. adakah blog ini masih aktif? Saya ade soalan.. saya ade bela sepasang hamster syrian. Hari pertama letak dalam satu sangkar, elok aje. Dah start mengawan. Esokkan tu, si betina tibe2 jadi agresif & gaduh dgn si jantan.. kenapa ye?
BalasPadamPastikan dulu, betul ke baru mengawan. Ke sebelum beli pernah mengawan. Kalau betina bertindak agresif, selalunya dia dah berisi atau dah ada anak dalam perut. Hamster walaupun dah berisi, tapi still mengawan kalau nak tahu
PadamAssalamualaikum, nampak macamt aktif mana blog nie, xpelah kalau ada masa nanti admin reply yer. Saya ada bela seekor hamster kapur jantan sekarang usia dekat 5 bulan,memang besar gedebaklah. Jadi kesian tengok dia sorang², tak aktif sangat. So Semalam saya belilah hamster kapur betina tapi kecil lagi mungkin usia 2 bulan. Saya nak satukan mereka tapi saya risau takut yang jantan tu makan yang betina, sebab besar sangat. Yang betina tu masa jumpa dengan yang jantan sampai terkencing dalam sangkar huhu...
BalasPadamHAHAHAHAHA sampai terkencing ye. Macam ni. Nak satukan hamster memang susah kalau beli asing. First pakaikan bedak dekat kedua-dua hamster. Bagi bau mereka sama. Kadang dia syak hamster asing, dia bandingkan bau dia dengan hamster lain. Kalau tak berkesan, buat step sangkar dalam sangkar. Maknanya, satukan tapi lagi sekor terkurung, kira ada penghadang. Biar lah beberapa minggu or bulan kemudian lepaskan. Tengok ok atau tidak.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamhelo admin , nak tanya jika ekor hamster syrian lelaki saya berdarah apa perlu saya buat ye . cara merwatnya bagaimana ywe
BalasPadamKalau tak terputus atau hampir terputus, biarkan. Hamster sangat hebat dalam sembuh. Sekejap jer sembuh
Padamhello admin nk tnya kalau hamster tu dia asyik garu garu badan dia patu gigit dianye tangan kenapa ye
BalasPadamHamster saya baru melahirkan anak, lepas tu yg si bapak pulak nmpk bulu xcantik.. Pastu bontot cm pelik? Kenapa ya.. Macam xsihat ja...
BalasPadamMaaf saya nak tanya.. Hamster saya pernah beranak kemudian si jantan mati.. Kalau saya bel hamster jantan baru, mereka masih boleh melakukan proses mengawan ke?
BalasPadamTerima kasih atas info yg diberikan...sy br pertama kali membela 3 ekor hamster 1jantan dn 2 betina..
BalasPadamHai admin. Harap admin masih aktif. Saya nak bertqnya, boleh ke dua ekor hamster jantan winter white disatukan di dalam satu sangkar tanpa ada betina kerana saya tidak mahu dia membiak?
BalasPadam