PAUSE HERE

Ahad, 6 Disember 2015

Kesaktian Joran Hitam Putih

Assalamualaikum semua. Hari ni bukan hari jadi Mirul. Hari jadi Mirul 7/12. Maknanya esoklah hari jadi Mirul. Nampaknya Mirul dah semakin tua. Tahun depan dah jadi tingkatan 4. Rasa macam dah besar pulak. Hihihihi ^^. Apa yang Mirul nak kongsikan ialah hadiah-hadiah atau moment-moment pada hari jadi Mirul yang lalu.

Mirul pernah dapat joran pancing. Joran tu berwarna hitam putih macam belog Mirul. Mirul menggunakan joran itu pertama kali waktu memancing dengan ayah. Waktu tu ialah moment paling best yang Mirul pernah rasa. Mirul pernah sambut hari jadi Mirul di kampung. Kek yang Mirul makan tu 100 persen buatan Mak Mirul. Rasa lebih seronok bila dapat makan masakan ibu sendiri kan.

Tapi ada peristiwa yang Mirul nak bagitahu. Mungkin ini ialah bad or sad moment. Waktu tu Mirul darjah 4. Waktu juga Mirul tengah tunggu jiran ambil Mirul. Bila Mirul dah sampai rumah. Dekat rumah tak ada mak dan abah. Dan Mirul dapat tahu Abah Mirul dibawa ke hospital. Mirul time tu rasa sedih sangat. Mirul menangis sekuat alam. Pada hari yang sama, pada waktu malam, Mirul dan adik beradik Mirul tumpang jiran depan untuk pergi Hospital. Dah sampai Hospital, lagi teruk lah menangis. Dalam perjalanan pun Mirul nangis. Waktu tu ayah Mirul koma. 50/50 harapan untuk hidup. Perasaan waktu tu memang Mirul akan nangis. Kalau korang jadi Mirul pun korang akan nangis. Selepas tu, adalah cerita lain yang terjadi. Kalau nak ceritakan memang penat nak menaipnya. Tapi yang penting Mirul bersyukur yang Abah Mirul masih hidup dan masih bersama kami sampai sekarang. Walaupun begitu, ayah Mirul tak dapat lagi memancing dengan Mirul. Terhentilah Kesaktian Joran Hitam Putih.

Btw, Mirul harap hari jadi Mirul esok akan jadi hari bertuah Mirul. Okey bye. Jumpa korang nanti.

2 ulasan:

  1. happy birthday mirul ! :)
    semoga diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa gembira :)


    btw mirul di tag xp

    http://aqulalangit.blogspot.my/2015/12/pencarian-blog-terkemas-2015.html

    BalasPadam