Baiklah. Start saja sekolah. Semua murid form 4 aku berkumpul dekat dewan. Dimana nanti cikgu dan pensyarah-pensyarah akan terangkan apa yang korang dapat bila masuk aliran ni aliran tu. Ada suatu hari tu. Ada pensyarah dalam fakulti seni lukis rasanya. Dia ada terangkan yang siapa yang ambil seni, maybe masa depan dia cerah. Pensyarah ni cakap, sesuatu lukisan boleh jadi mahal mengikut tahap sambung belajar. Maksudnya diploma, ijazah itu semua. Lagi tinggi korang belajar, lagi mahal korang punya lukisan.
Aku memang suka melukis tapi aku lebih minat dalam bahagian animasi. Sebab bila aku tengok cerita kartun dekat TV, aku terfikir macam karakter-karakter tu bergerak. Bila aku dah besar sikit, baru aku tahu ada orang gerakkan nya disebalik takbir. So aku terfikir, besar nanti aku nak reka cerita kartun aku. Aku pun ada impian nak buka studio animasi sendiri. Dan aku terfikir nak namakan studio animasi aku sebagai "Animega Studio". Harap-harap belum ada lagi nama studio ni. Sekirannya impian aku nak jadi pereka animasi tak tercapai, aku akan cuba jadi pelukis komik. Sebab aku boleh reka kerakter kartun aku sendiri. Sekiranya tak tercapai juga nak jadi pelukis komik. Jadi pelukis jalanan lah. Hahahahahahahaha^^. Studio kesukaan aku ialah Les Copaque. Di mana studio animasi ni mempersembahkan animasi "Upin & Ipin". Kalau boleh, impian aku nak jadikan cerita animasi aku sampai ke luar negara. Dan aku akan naikkan nama Malaysia. Amin...
Minat seni rupenyaaa. Anyway, goodluck for your future
BalasPadamthanks kak ^^
PadamWahh, bagus cita2 tu. Gudluck mirul :)
BalasPadamthanks abell
Padamsama lah dgn impian adik sy. haha inshallah satu hari nanti :)
BalasPadamhuhuhu smoga impian adik u trcapai
Padamall the best ! semoga dunia animasi malaysia akan dikenali seantero dunia ^^
BalasPadamthanks yeee. amin..
Padammaju la seni untuk Malaysia! yeay~
BalasPadamorite
PadamAkak masa kat sekolah ada buat animasi.Hehe best dapat pengalaman baru tapi akak pilih cita-cita lain sebab tu bukan minat akak xD Anyway good luck!
BalasPadam