PAUSE HERE

Khamis, 4 Februari 2016

Aku Jadi Mr Pengawas

Assalamualaikum korang. Sebelum aku mulakan buka bicara. Biar aku tanya khabar korang. Korang sihat tak ? Kalau sihat baguslah.

Baik lah. Tahun lepas, aku mohon jadi pengawas PRS. Selepas aku hantar borang, aku dan kawan-kawan aku kena temu duga. Bila nak keluar dari bilik kauseling tu, aku dan kawan aku kurung kawan aku lagi sorang dalam bilik. Lepas tu cikgu PRS datang, dia tanya apa jadi. Kitorang pun bagi lah macam-macam alasan.

Lepas tu aku terus tak jadi pengawas PRS. Mungkin sebab kejadian hari tu. Kitorang pun cuba tanya cikgu, kitorang terpilih ke tak. Cikgu cakap tak. Sampai hari akhir sekolah, kitorang tak tahu jawapan. Nampak sangat kitorang tak dapat jadi pengawas PRS.

Syukur, hari ni aku jadi seorang pengawas sekolah. Huhuhu. Dapat pakai seluar hitam, kasut hitam. Muahahahahahahahaha. So benda ni boleh jadi bekal aku nak masuk U.

Mula-mula aku tak nak, aku tengok kawan aku ada yang join. Aku pun ambik tempat jugak. Aku harap aku boleh jadi pengawas yang betul-betul pengawas.


4 ulasan:

  1. Cikgu tak bagi jadi pengawas sebab korang bagi banyak sangat alasan kot. XD Best nya seragam hitam! Salam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam. maybe . tpi klau dh bukan rezeki nk buat cm mner

      Padam
  2. pernah juga apply nak jadi pengawas masa sekolah dulu.. dah temuduga dan dah terpilih dah pun, tapi aku cakap tak nak sebab, entahlah, tak pandai bahagikan masa mungkin.. huhuhuu

    BalasPadam
  3. Dulu time sekolah pernah jugaq tercalon jadi pengawas, tp reject sbb takut hilang kawan, hahaha! Ye la, sape nak kawan dgn pengawas kan? X cool ok :P

    BalasPadam