PAUSE HERE

Sabtu, 16 Julai 2016

Pokemon Di Dunia Nyata




Assalamualaikum. Kali ini kita dikejutkan dengan satu game yang berjaya mengalahkan COC. Game ini seperti mewujudkan Pokemon di dunia realiti. Ia sangat menabjubkan. Game ini akan muncul di Malaysia tak lama lagi.

Game ini satu-satunya game yang melibatkan tangan, kaki, kereta, motor, basikal dan kenderaan lain. Game ini memerlukan korang untuk mencari Pokemon diluar sana. Pokemon akan muncul di tempat yang logik. Jika Pokemon itu jenis air, maka ia akan ada di tempat berair. Pokemon juga mampu berevolusi hingga ke bentuk yang terakhir. Dalam game ini juga, mempunyai telur Pokemon yang perlu kita jaga.

Di dalam game ini juga, akan memberi gambar untuk dituju. Jika ia memberi gambar masjid, maka pergi ke masjid untuk mendapat perberian istemewa seperti telur Pokemon, PokeBall dan lain-lain.

Di dalam game ini juga, korang boleh berlawan dengan pokemon lain. Korang boleh berlawan di GYMBATTLE.

Game ini disertakan dengan Map yang menggunakan peta dunia yang sebenar. Jadi apa tunggu lagi. Mari cari Pokemon korang dan mula bertarung.

Ahad, 3 Julai 2016

"Berikan Masa" Untuk Aku "Syukur Selalu"

Assalamualaikum kepada korang semua. Macam mana dengan puasa korang. Ada yang tak puasa penuh ker. Kalau tak puasa penuh tak boleh raya lah. HIHIHIHI.

Pejam celik-pejam celik dah nak dekat raya. Cepat betul Ramadan tinggalkan kita. Pada bulan puasa ni, aku dah tempuhi macam-macam. Aku dah kenal pelbagai perangai orang. Entah kenapa masa bulan puasa, aku tengok perangai orang yang aku dah kenal lain daripada bulan yang lain. Bulan puasa ni bagi aku nampak perangai sebenar mereka. Sampai aku terkejut "Ini perangai mereka yang sebenar".

Hari raya ini aku bertemakan hitam. Hitam macam mana. Hitam macam langit di waktu malam. Raya tahun ini aku pilih kurta. Kenapa kurta. Saja-saja. Raya zaman sekarang semakin moden. Yang lama dilupakan. Dulu time aku kecik-kecik aku pakai baju melayu jer. Bukan aku jer yang pakai. Semua orang pakai baju melayu. Sekarang dah ikut trend. Kalau dulu baju melayu sekarang orang pakai jubah atau kurta. 

Raya dulu tak macam raya sekarang. Kalau dulu mana ada selfie-selfie. Dulu punya raya memang best gila. Berkumpul ramai-ramai, gelak ramai-ramai, jalan raya ramai-ramai, kira duit raya ramai-ramai dan main bunga api ramai-ramai. Semuanya ramai-ramai. Tapi raya sekarang, yang ramai-ramainya ialah ramai-ramai berselfie.

Aku perhati saja raya tahun lepas, semua busy dengan telefon masing-masing. Datang rumah orang, minta wifi. Datang rumah orang, cakap "tak nak masuk" sebab nak duit raya jer. 

BTW, Walaupun aku semakin tua, aku tak macam orang lain. Orang lain kalau dah meningkat dewasa, mereka tak pergi jalan raya. Aku still pergi sebab bagi aku kalau aku tak ikut tabiat beraya budak-budak, raya aku macam tak lengkap. So, aku still beraya macam budak-budak.

Dengan kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya AidilFitri" kepada semua dan saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada salah silap terhadap korang semua, Sekian.