Assalamualaikum.
Sekarang kita dah hampir gila dengan tahun baru 2017. Aku sebenarnya ada beberapa azam lama yang akan aku bawa pada tahun 2017. Apa azamnya biarlah rahsia.
Pada 2017, aku berumur 17 tahun. Itu bermakna aku akan menghadapi SPM yang digeruni ramai. Jadi aku automatik akan berazam untuk berjaya dalam SPM dan kurang bermain dan membuat benda tak penting. Aku juga berazam tidak akan terlalu leka dengan telefon. Aku akan kurangkan pengunaan telefon bermula dari tahun 2017 hingga habis SPM.
Dah nak dekat tahun baru, followers di Instagram aku telah mencecah 10K. Tahniah pada diri aku sendiri.
Aku juga ada binatang baru iaitu kucing pertama dalam keluarga aku. Aku baru dapat dia dalam beberapa hari. Jadi dia akan jadi salah satu keluarga aku bermula dari hujung tahun ini sampai bila.
Dengan kesempatan yang ada juga. Aku ingin ucapakan Selamat Menyambut Tahun Baru 2017 dan Semoga Cemerlang UPSR/PT3/SPM. Itu saja dari aku. EHHHHH. Sebelum itu, aku nak minta maaf jika ada kesilapan dan aku akan kurang aktif tahun depan sebab SPM. So, jangan tertanya kenapa aku tak aktif blog.