PAUSE HERE

Sabtu, 6 Mei 2017

Rutin Sebelum Ke Sekolah.


Assalamualaikum semua!!

Hari aku nak ceritakan apa yang aku selalu buat dalam perjalanan ke sekolah atau senang cerita persiapan aku pergi kesekolah.

Aku bangun sekolah pukul 5 pagi. Kadang-kadang aku bangun pukul 4:30 pagi. Kenapa aku bangun awal sangat yaaa? Aku bangun awal sebab aku bersiap sangat lambat. Lepas saja aku mandi, aku bersiap-siap macam biasa. Pakai sependa, seluar, dan singlet. Baju sekolah aku pakai kemudian sebab takut nanti rasa nak keluarkan hajat dalam tandas, habis baju bekedut. So kemudian kan dulu.

Okey selepas itu, baru aku gosok baju aku. Baju jer ker aku gosok? Yup baju jer. Seluar sekolah aku, aku tak pernah gosok. Sebab apa. Aku ada sebab munasabah iaitu malas. Hahahahahaha... Lepas dah siap aku akan sikat rambut yang telah disapul gel rambut. Kemudian, aku buka kipas, aku keringkan rambut aku. Lepas itu, aku sikat balik rambut aku bila dah kering.

Kenapa aku buat macam tu? Rambut aku kalau kering semula jadi, jadi kerinting. So aku kena keringkan dengan kipas lepas tu sikat balik bagi nampak straight jer rambut aku. Aku tak suka sebenarnya kalau rambut aku kerinting.

Lepas tu aku sembahyang subuh dengan memakai singlet. Lepas sembahyang, kalau sempat aku baca al-Quran satu muka surat.

Kemudian, kalau aku kemas beg, aku akan check dua kali supaya tak ada buku tertinggal atau silap bawak buku ataupun sila ikut jadual. Lepas tu aku simpanlah botol and kotak pensil di akhirnya.

Lepastu pakai baju, tali leher, vest dan kasut. And then, teruslah pergi sekolah.

Aikkk. Tak breakfast ker? Yup aku tak sarapan sebab aku dah terbiasa. Lagi satu aku tak suka sarapan nanti feeling nak lepaskan hajat dekat tandas. And aku memang tak suka lepaskan apa-apa ditandas sekolah. Okey itu saja.

Kita jumpa nanti, sory sebab aku busy nak get ready untuk SPM.