Assalamualaikum
Korang apa khabar? Sihat? Sorry agak lama juga lah aku mendiamkan diri dalam dunia blogger. Mula-mula memang sebab busy, tapi lama-lama rasa malas nak buka blog. Tapi sekarang tengah rajin lah. So, disebabkan sudah lama diam, hari ini aku ada banyak benda nak share dekat korang.
Mula-mula aku nak ucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadan" kepada semua umat Islam termasuk kepada sesiapa yang bukan Islam yang challenge diri mereka berpuasa bersama kami yang Islam. Ofkos, bagi aku bulan puasa paling best dari bulan raya. Why? Biarlah rahsia! HAHAHAHAHAHAH.
Second, aku nak borak sikit pasal result SPM aku. Result SPM aku tak terlalu gempak. Tak terlalu mendap. Biasa-biasa saja. Nak tahu? Aku dapat 5A 3B 2C. Apa yang A? Agama, Bahasa Melayu, Geografi, Sains dan Seni. Dengan result ini aku pun mohon UPU.
21/5/2018, result UPU sudah keluar. Apa lagi, tepat pukul 12, cepat-cepat aku buka. Tapi last-last website nya problem. Dalam pukul 1 lebih, baru dapat buka. So, bila aku buka, aku punya excited tidak boleh digambarkan. Sebab itu memang course yang aku nak. Apa dia? Dia adalah Diploma Animasi. Dekat mana? Dekat UiTM Puncak Perdana. Agak jauh dari rumah aku tapi tak apa sebab nanti kita hidup berpisah juga kan?
So, selepas tahu result ini, banyak pula bend aku pikirkan. Aku ni mampu ke hidup sebagai student dekat sana? Aku ni mampu ke buat kawan dekat sana? Aku ni mampu ke ngam dengan roommate aku? Apa akan jadi dalam seminggu aku dekat sana? Macam-macam aku risaukan. Last-last, aku sendiri pun malas nak fikir dah.
Aku rasa itu jer kot. Penat taip-taip ni.
SEKIAN.