PAUSE HERE

Jumaat, 31 Mei 2019

Salam Ramadan & Aidilfitri


Assalamualaikum.

Mohon jawab salam aku. Ini sebuah paksaan kerana menjawab salam itu adalah sesuatu perihal yang wajib. So, sila jawab salam aku di ruang komen supaya aku salam aku dijawab. Okey, aku gurau saja. Jangan ambil terlalu series okey!

So, apa yang aku nak ceritakan pada hari ini. Okey, mula-mula sekali apa yang aku nak cakap ialah aku nak minta maaf sangat-sangat sebab jarang bagi sebarang update dekat blog aku. Untuk maklumat korang aku sekarang tengah sambung belajar diploma part 2 animation dekat UiTM Puncak Perdana. So, aku agak busy dengan assignment-assignment nya. So, harap korang faham lah ya.

Disebabkan agak busy, aku rasa aku tak sempat nak wish Salam Ramadan dekat korang, so aku wish sekali untuk hari raya punya. Aku nak cerita ni, ini kali pertama aku berpuasa tanpa family. Maksud aku, aku berpuasa di kolej universiti. Dekat sana, berpuasa dia best. Aku dekat sana ada jawatan orang surau, so aku dapat makanan percuma untuk berbuka puasa. So, kami akan berbuka atas talam dan makan lima orang. Hal ini adalah pertama kali buat aku.

Apa yang seronok lagi, bulan-bulan puasa ni pagar kolej ditutup lambat sikit sebab nak bagi peluang dekat pelajar-pelajar beli juadah untuk sahur. Jadi aku sebagai pelajar, mengambil kesempatan itu untuk lepak minum-minum di luar dengan kawan-kawan sampai lewat 1 pagi. Hebatkan? HAHAHAH!

Bila nak dekat raya, tak sabar nak balik rumah tercinta aku. Untuk maklumat korang juga, sepanjang sem 2 aku tak pernah pulang ke rumah sebab tiada cuti dan assignment memang banyak. So cuti raya ni jer yang aku. Tapi beraya dengan assignment lah pula. So, aku nak minta korang doakan aku sempat siapkan assignment aku secepat mungkin.

Disebabkan raya nak dekat, aku nak wish awal-awal takut jarang buka blog, so saya Amirul Rahman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang ke 2019 kepada semua yang sedang baca ni dan saya memohon kemaafan dan kosong-kosong dari awak semua.

Sekian.