PAUSE HERE

Isnin, 23 Disember 2019

Tamatnya Semester Tiga


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku dan selamat sejahtera bagi yang bukan Islam.

Sudah beberapa bulan juga aku tak menziarahi blog aku. Semester tiga boleh dikatakan sebagai semester yang paling busy aku pernah rasa setakat ini. Aku dekat UiTM ada join dua kelab persatuan. Boleh pula semester tiga, dua-dua kelab itu bergerak aktif. So, aku tetiba jadi busy. Kelab Cosplay aku pula kena buat event cosplay, event besar gila. So memang aku busy.

Tambah-tambah lagi, semester tiga ada minggu karyaone, dimana student FiTA terpaksa pergi ke UiTM Shah Alam sepanjang minggu karyaone. Sampai kitorang terkejar-kejar buat assignment. Minggu Karyaone ini apa? Minggu karyaone ialah minggu dimana semua student mempunyai event masing-masing yang perlu dihandle. Kira mereka dapat markah juga. Macam-macam ada. Nyanyian, Tarian, Game dan banyak lagi.

Semester tiga kali ini banyak benda buruk terjadi. Semester tiga kali ini entah kenapa kawan-kawan aku banyak hilang barang macam laptop itu semua. Alhamdulillah tiada barang aku yang kena curi. Semester tiga ini juga, aku dapat group member yang menyusahkan sikit. Aku suruh diorang siapkan assignment awal-awal sebab aku nak compile plus nak edit. Tapi esok nak hantar baru buat. Tapi yang aku pelik, lecturer cakap group kitorang paling perfom. So, aku diam jer lah. Malas nak marah-marah sebab lecturer dah cakap macam tu.

Alhamdulillah, semester lepas iaitu semester dua, aku memperolehi dekan. So, anugerahnya dapat semasa semester tiga. Aku memang tak sangka aku dapat dekan sebab ada satu subject tu aku rasa macam markah dia sikit. Sebab apa? Sebab group member aku tak membantu. Kejadian pelik pun terjadi lagi, aku dapat A untuk subject tu juga. Pelikkan? Tapi alhamdulillah, A aku banyak, dan dapat dekan. So aku berharaplah dapat dekan untuk semester tiga kali ini.

Next semester, iaitu semester akhir aku, semester empat, tahun depan, aku tak pasti aku boleh dapat dekan ataupun tidak. Sebab aku was-was dengan group member Finay Year Project aku. Korang tahu kan aku ambil course animasi. Animasi memang tak boleh buat last minit nanti kelam kabut gila. Member group aku sorang dari empat orang ni suka buat kerja last minit tapi aku harap dia okey lah untuk semester depan. Habis saja semester depan, aku akan intern. Intern dimana pun tak pasti tapi harap dapat intern dengan kawan baik aku lah. Bukan apa, kitorang dah plan nak sewa rumah sama-sama and then bela seekor kucing. Kitorang berdua suka kucing, tapi nak bela dekat kolej susah sebab ada housemate yang tak suka dan alah. Btw, apa-apa nanti aku update pasal semester 4 dan intern dekat korang. Jumpa korang nanti.

Sekian.

Ahad, 22 Disember 2019

A'ma


Cerita ini penuh dengan misteri dan aksi-aksi seram. Siapakah A'ma. A'ma merupakan seekor jin yang mewujudkan dirinya seperti wanita bertelekung yang bertompok-tompok dengan darah, dia tidak memiliki mata dan dia buta. Dia menggunakan hidungnya sebagai peganti mata dan menghidu iman-iman manusia yang lemah. A'ma mula memunculkan dirinya di sebuah Madrasah yang dipanggil Al-Mukmim. Pelajar-pelajar tahfiz di sana, di kacau oleh A'ma. Ada apa dengan jin A'ma ini? Bagaimana mahu menghentikannya? Dari mana asalnya. Teruskan membaca. A'ma hanya jin rekaan semata-mata dan tidak wujud. Sekian