PAUSE HERE

Selasa, 11 Februari 2020

UiTM, Result Sem 3 Dan Ujian Muet Menantiku


Assalamualaikum, semua.

Sihat ke semua?

Kalau sihat, Alhamdulillah. Sebelum aku start cerita apa aku nak ceritakan hari ini, aku nak bagitahu bahawanya aku telah memilih blogger untuk tersenarai dalam bloglist 2019 aku. So, korang boleh scroll ke bawah untuk melihat siapa yang berjaya tersenarai tu.

So, hari ini aku nak cakap tentang UiTM dan ujian Muet seperti yang tertulis pada title post ni. Hahahahaha. Aku sebenarnya ada berdebar sikit untuk sem 4 yang bakal menyusul tak lama lagi ni. Bukan apa, itu merupakan sem terakhir dan bakal dapat final project. So, sebagai pelajar animasi, final project kitorang bukan simple-simple, tapi susah gila. Kira kena buat animasi, dan ia adalah group assignment. 

Macam aku pernah cakap sebelum ni, group assignment tu, susah bila ada team yang tak beri kerjasama. kalau team beri kerjasama, assignment dengan mudah akan selesai. So, aku berharap sangat lah group aku semua beri kerjasama untuk final project kali ni. Final project ni penting, untuk intern nanti. Dari final project nilah, syarikat-syarikat animasi nak tengok kelayakan kitorang.

Disebabkan merupakan semester terakhir, aku rasa agak sedih juga. Aku tak boleh bayangkan nak tinggalkan kawan-kawan, senior, junior, lecturer dan semua. Ye lah, hampir 2 tahun kitorang hidup dekat UiTM tu. Rasa macam tak nak masuk je sem 4, rela repeat sem 3. Hahahahaha. Gurau jer. Aku harap sem 4 nanti akan beri perpisahan yang baik lah, Aamiin.

Sekarang kita cakap pasal Muet pulak. Sumpah aku cakap, aku takut nak ambil Muet. Aku bakal ambil Muet, awal bulan tiga ni. Dan aku still tak ready lagi. Kenapa aku tak ready? Aku tak ready sebab aku takut. Aku takut sebab aku tak pandai sangat nak speaking-speaking ni. Kalau buat essay tu bolehlah. Kalau speaking-speaking ni, aku angkat tangan siap-siap. HAHAHAHA. Nerves tho. Dah lah ambil Muet dengan orang tak kenal, tempat orang pulak tu. Aku just berharap semua berjalan lancar.

Haaaa, lagi satu. Result sem 3 aku bakal keluar hujung minggu ni, hari Jumaat. Aku tak letak harapan sangat untuk dapat dekan tu even aku dekan sem lepas. Sebab semester 3 ni, aku banyak dapat group yang tak okey. So, aku tak tahu lah result sem 3 aku macam mana. Kalau dekan syukur sangat-sangat, kalau lulus jer, bersyukur jangat, kalau repeat innalillah lah jawabnya.

Apa-apa pun aku nak minta jasa baik korang doakan aku berjaya dalam menduduki ujian Muet dan mendapat result yang terbaik untuk sem 3 berdasarkan usahakan. Bye.

Sekian.