PAUSE HERE

Rabu, 13 Mei 2020

Sebelum Raya, Group WhatsApp Untuk Blogger



Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku.

Apa khabar semua? Sihat? Aku? Alhamdulillah aku sihat seperti biasa.

Sebenarnya aku tak ada apa sangat nak cakap hari ini. Just nak pastikan blog aku ini sentiasa terupdate. So, mari kita berborak kosong. First, macam mana dengan puasa korang. Korang semua puasa penuh tak? Ke ada ponteng beberapa hari? Kalau puasa penuh, alhamdulillah. Tarawih pula macam mana, cukup 8 rakaat ke? Ke korang lebih? Banyak tanya pula aku ni.

Btw, kita semua dikhabarkan bahawa aktiviti pulang di hari raya tidak dibenarkan bagi yang merentas negeri. Perdana Menteri kita juga ada cakap yang merentas daerah dibenarkan. Tapi yang kampungnya dalam negeri, jangan happy sangat. Masa depan itu boleh berubah bila-bila masa dan kita tak tahu macam mana masa depan kita. Hope, memang boleh baliklah siapa yang dalam negeri. So, aku nak ucapkan selamat pulang ke kampung bagi yang di dalam negeri. Yang kampungnya di luar negeri, jangan lah bersedih, raya masih kena on tau.

Cakap pasal raya. Korang dah beli baju raya ke? Ke korang pakai yang tahun lepas punya? Kalau korang beli baru, korang beli online or pergi kedai? Eh! Aku banyak tanya lagi. Maafkan aku. Tak kisahlah baju raya baru or tidak. Bersama family or tidak, asalkan kita boleh beraya sebab raya ini ialah hari kemenangan dan digalakkan kita untuk gembira. So, semua kena gembira okey. Jangan jadi sedih kerana covid-19 ni.

So, dipenhujung kata, aku ada buat grup wassap untuk blogger-blogger. So, kita semua boleh kenal dekat situ. Asyik berchatting dekat ruang komen and shoutbox je. Apa kita berkenalan dengan lebih rapat dekat group WhatsApp tu. So, kalau korang nak join, korang hanya perlu scroll ke bawah, dan korang akan jumpa kod QR. Just scan and nanti korang akan direct ke group tu. Kalau ada masalah dekat kod QR tu, boleh bagitahu aku dekat komen sini or dekat shoutbox aku.

Okey itu sajalah. Bubye.
Sekian.

12 ulasan:

  1. hii! does the group only accept malaysians blogger or another country blogger (esp countries that speak similar languanges such as indonesian)?? anyway, mind to followback? glad to know you! ^^

    BalasPadam
  2. Salam ramadhan jugak .
    Tahun ni tak banyak persiapan raya, just buat kuih raya sikit-sikit ja . Ambil jugak mood raya sikit-sikit walaupun tak dapat nak balik raya di kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, tak balik kampung tak bermakna tidak beraya.

      Padam
  3. Uish tak dan nak cari baju raya. Rumah je beraya. Hehe Dapat balik kampung (satu negeri) phn dah cukup baik. ^^

    BalasPadam
  4. baju raya dah terbeli haha. takpela kita simpan untuk tahun depan.. nak pakai ootd pun tak function sebab lepastu tukar baju balik haha maleh aquee

    BalasPadam
  5. no baju raya for me this year. well, maybe just a piece of shawl would do than nothing at all.
    bagusnya buat group ws tp segan la hehe

    BalasPadam
  6. ada cara lain tak untuk masuk group blogger tu? hp saya tak boleh access QR code :(

    BalasPadam
  7. takde baju raya.. sebab raya sorang2 tk boleh balik rentas negeri,
    will join group whatsapp

    BalasPadam