Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Apa khabar? Semua sihat? Dah lama tak dengar khabar korang sebab aku jarang masuk blog. Aku dekat sini sihat belaka. Dekat mana? Dekat hati anda-anda semua. Kenapa aku busy dan jarang bukak blog? Hah ini aku nak cerita.
First, aku pelajar final semester. So, aku agak busy dengan project yang diberikan oleh lecturer. Alhamdulillah, semua dah settle dan aku sekarang tengah cuti sem. Bulan 10 nanti aku dah start intern.
Cakap pasal intern, aku juga sebenarnya sibuk mencari intern. Aku dah mohon dalam 8 atau 7 syarikat animasi tapi semua diam membisu. So, aku pun try lah tanya tempat intern dekat group Facebook. Alhamdulillah, selepas beberapa hari aku post tu, ada orang call. Dia tengah cari budak intern as graphic designer. Aku pun terimalah tawaran intern. Lepas aku terima, boleh pulak dapat call dari syarikat animasi suruh datang interview. Terpaksalah aku tolak sebab dah dapat tempat intern.
Ketiga, aku sibuk sebab banyak betul majlis kahwin time-time covid tengah merebak. So, boleh dikatakan sepupu sepapat aku nak bertunang and berkahwin dalam tahun ni. So, agak sibuk aku disitu.
Keempat, aku tulis novel seram dekat wattpad. So aku agak sibuk untuk siapkan novel. Sampai sekarang pembaca aku menunggu bab baru untuk novel Karun Maryam dekat wattpad.
Kelima, aku nak jadi YouTuber. Aku saja nak try benda baru. Kalau jadi, menjadilah. Apa content yang akan aku upload? Untuk buat masa ini, aku akan upload video gaming. Kalau dah ada pengikut tu, baru aku start buat content-content baru. Korang nak content macam mana? Sila komen dekat bawah.
Apa-apa pun, jangan lupa tonton video dekat atas tu dan terus subscribe YouTube channel aku.
Sekian, Sayonara.