Assalamualaikum.
Apa khabar kepada semua pembaca blog aku. Baik?? Alhamdulillah dan aku juga baik-baik saja dekat sini. Aku hari ni nak cerita pasal intern dulu. So, mari kita dengar cerita intern aku.
So, aku dapat intern di sebuah syarikat katering di Selangor sebagai graphic designer. Alhamdulillah, sudah sebulan aku intern di sana. Dua minggu aku intern dekat office, dan selebihnya aku work from home dekat perak. Aku punya hometown.
Time first time masuk hostel yang disediakan office, aku rasa agak kekok. Hostel tu sebenarnya rumah. Rumah teres dua tingkat. Time aku sampai dekat hostel, tiada siapa dekat rumah sebab yang lain semua pergi kerja kerana hari itu ialah hari Khamis. Malam tu baru aku jumpa semua housemate aku. Aku jarang bergaul dengan mereka sebab aku memang jenis pendiam gila bila jumpa orang baru. Minggu kedua baru rasa selesa nak berbual dengan mereka.
Cerita dekat office selama 2 minggu pulak. Suasana office best, semua stuff friendly dan semua stuff adalah perempuan dan aku seorang je lelaki dalam office Boss pun sangat baik. Boss selalu bagi kerja untuk disiapkan dalam dua tiga hari. Tapi aku sentiasa siap dalam masa sehari sahaja. Sebab aku dah pernah berpengalaman kerja tetap sebagai graphic designer untuk socmed akaun butik. So, kiranya pengalaman tu buat aku cepat buat kerja.
Selepas dua minggu dekat sana, tiba-tiba Perdana Menteri kita mengumumkan bahawa seluruh kawasan Selangor akan mengalami PKPB. Aku terus request untuk work from home sebab aku tahu PKPB ni takkan jadi 14 hari je, paling minimum pun sebulan.
So, aku pun bermula lah work from home. Bila dah work from home, kau mesti nak bilik kau cantik kan. So, aku telah decide untuk mencatikkan bilik aku dengan tema black and white. Kebanyakkan barang aku beli secara online, samada di Lazada ataupun Shopee. Barang-barang kecil atau perhiasan aku beli dekat kedai dua ringgit dan Mr.DIY. So, boleh jimat bajet dalam perhiasan. Bilik aku sangat kecil. So aku deco bilik aku seminimum yang mungkin tapi nampak nice. Dan aku beli katil yang katilnya di atas dan bawah dia ada meja. So jimat space bilik aku.
Bajet bilik aku hampir RM1000 tapi tak masuk RM1000. Setelah beberapa hari dengan bilik berwajah baru, aku rasa sangat berpuas hati. Rupa bilik aku ada dekat gambar atas.
Okey itu saja kot sembang kita hari ni. Jumpa lagi di cerita akan datang.
Sayonara Assalamualaikum.