PAUSE HERE

Sabtu, 29 Ogos 2015

Mr Merdeka Datang Lagi


Assalamualaikum

Hye korang. Apa khabar sihat? Kita dah nak masuk hari kemerdekaan. Korang tahu kan tema tahun ni apa. Tema tahun ni #sehatisejiwa. Apa maksudnya?? Mirul sendiri pun tak tahu haha. Btw, hari kemerdekaan ini Mirul akan pulang ke kampung. Sambut hari jadi sepupu yang lahir bulan lapan. InsyaAllah nanti Mirul akan post entry baru pasal hari jadi.

Hari kemerdekaan nanti, Mirul akan dapat layang-layang batman. Mirul tempah kat kampung. Walaupun Mirul dah besar tapi Mirul ni berjiwa kanak-kanak Chipsmore. Hahahah!! Korang ada aktiviti menarik ke untuk hari kemerdekaan. Aktiviti menarik Mirul itu jer.

Selamat Hari Kemerdakaan. Di sambil itu mari kita doakan kepada Gaza/Palestin yang masih belum Merdeka. Amin.

Sabtu, 15 Ogos 2015

Kenapa Mr Mirul Berblogging


 Assalamualaikum

Mirul dulu ada blog. Mirul dah start main blog ni dari darjah 4 lagi. Dari situ Mirul cuba belajar satu demi satu. Susah juga untuk buat blog masa darjah 4. Darjah 5 Mirul berhenti dari buat belog. Darjah 6 Mirul sambung balik tapi buat blog baru. Tingkatan 1 Mirul buat blog untuk kelas. Naik form 2, Mirul buat blog untuk buat novel. Mirul suka sangat buat novel. Form 3, Mirul stop sebab laptop Mirul rosak. Lepas itu, mak beli laptop baru. Mirul buka blog lama, tengok-tengok blog Mirul dah rosak. Jadi tercipta lah belog baru yang bernama Mr Mirul.

Kenapa Mr Mirul. Tak ada nama lain ke. Sebenarnya Mirul suka sangat logo misai ni. Misai ni macam trend. Apatah lagi baju or kasut yang ada gambar misai. Jadi Mirul kaitkan Misai dengan gelaran Mr. Tu yang wujudnya Mr.Mirul.

Mirul buat blog sebab Mirul suka berblogging. Tapi ingat, Mirul juga suka buat vlog, novel, komik dan melukis. Mirul pandai lukis freebies doodle tapi Mirul tak boleh download app dia. Jadi Mirul tak boleh  buat.

Untuk makluman korang, Mirul ni jenis yang pendamkan sejuta masalah dalam diri. Mesti ada orang kata "Kenapa tak luahkan dekat best friend". Sejujurnya Mirul tak ada best friend. Mesti ada orang tak percaya. Mirul memang ada banyak kawan. Tapi hanya kawan bukan best friend. Faham!!. Jadi blog inilah best friend Mirul. Mirul boleh ceritakan macam-macam yang Mirul nak dekat sini.

Kenapa blog Mirul warna biru. Mirul sebenarnya suka warna hijau dan oren. Mirul pilih biru sebab warna dia tenang dan sesuai untuk dijadikan tempat untuk meluah.Hijau pun sesuai. Tapi ia hanya boleh dikaitkan dengan ketenangan diri sahaja. Warna oren pula hanya sesuai untuk suasana ceria.

Selasa, 11 Ogos 2015

Tips Menjaga Hamster Korang

Jenis Hamster

Kalau korang nak tahu hamster mempunyai macam-macam jenis. Antaranya roborovski, winter white, cambell, syrian. Hamster yang Mirul galakkan untuk dibela ialah Winter White. Syrian boleh dibela tapi dia jenis pemalas dan hidup bersendirian. Roborovski juga boleh dibela tapi lasak dan suka melompat-lompat. Mirul jumpa roborovski. Dan apa yang Mirul nampak di susah nak dijaga dan dijinak tapi senang dijodohkan. Campbell dia sama macam winter white.

Tips Memilih Hamster


Mula-mula korang kena pilih jenis hamster korang. Sebelum beli hamster, kena beli sangkar dan barang-barangnya. Hamster korang mesti beli pasangan. Maksudnya jantan dan betina. Sebab Mirul pernah beli jantan lambat. Bila Mirul masukkan dalam sangkar dia bergaduh. Antara barang yang kena beli ialah roda hamster, sangkar, rumah hamster, bedding (serbuk kayu), travelling ball, bathroom untuk hamster, makanan, air vitamin dan sand bath atau pasir mandi. Untuk sangkar, korang kena beli dua. Takut beranak pula.

Cara membela

Untuk yang membela, Jangan bermain dengan hasmter korang pada hari pertama korang beli. Tapi korang boleh tengok hamster korang sambil sebut nama dia. Nanti dia akan terbiasa. Korang mesti usap hamster korang bila ada waktu. Pastikan dia mandi setiap hari. Jangan mandi air sebab takut dia selsema dan terus mati. Pastikan ada permainan supaya dia boleh hilangkan stres. Sebab stres pun berbahaya untuk hamster. Bawa dia pijak rumput kalau ada masa. Pastikan dia cukup makan. Sangkar pula kena bersihkan seminggu dua kali sebab semut senang datang dekat sangkar. 

Tips Kesihatan Hamster

Kalau hamster korang berdarah, jangan sesekali risau sebab hamster punya air liur ada kuasa. Bila dia jilat darah tu. Esoknya hilang. Kalau darah teruk kenalah bawa klinik. Hamster pun ada fobia. Kalau dia terkejut dan fobia. Badan dia akan bergetar sepanjang hari. Tapi untuk langkah jaga-jaga. Boleh hantar ke klinik haiwan. Untuk hamster yang sakit mata, boleh bawa ke klinik. Ataupun banyakkan memberi air vitamin dan makanan vitamin.

Hamster mengawan

Untuk hamster yang nak mengawan. Korang boleh tahu. Hamster jantan akan kejar si betina dan hinggap dia atasnya. Bunyi hamster juga menandakan hamster sedang melakukan. Si betina akan sentiasa lari bila si jantan cuba mengawan. Jangan risau. Biarkan saja kerana si betina akan berhenti dan jantan akan membuat proses mengawan.

Hamster Hamil

Untuk hamster yang hamil. Dia akan mula marah pada jantan. Hamster boleh beranak dalam beberapa minggu bergantung pada jenis hamster.

Kelahiran Hamster

Apabila hamster mahu lahirkan anak. Dia akan sentiasa memarahi jantan. Betina juga akan membuat sarang dengan serbuk kayu. Kalau nak senang cerita. Bila nak masuk hari kelahiran. Mula asingkan. Hamster jantan akan makan anak-anak hamster. Biarkan ia dengan ibu. Korang tak boleh tengok anak hamster yang tak ada bulu. Takut ibunya pula yang makan anaknya. Pastikan korang dah letak air dan makanan yang banyak. Sebab korang tak boleh tengok anak hamster selalu. Kalau nak lebih selamat. Korang boleh tutup sangkar dengan kain. Pastikan kain korang ada lubang untuk bernafas. Kalau anak hamster korang dah tumbuh bulu. Biarkan dia lama dengan ibunya dalam seminggu atau dua minggu. Ini takut dia masih perlukan ibu dia. Bila dah buat macam tu. Boleh letakkan disangkar lain supaya boleh hidup berdikari. Sekian



Rabu, 5 Ogos 2015

Kesian Mr.Olaf



Assalamualaikum

Hari ni Mirul nak ceritakan tentang hamster baru. Disebabkan hamster jantan lambat sangat nak dapat, Mirul pun beli hamster jantan Winter White. Warna dia memang putih. Mirul pun letaklah Olaf dengan hamster betina iaitu Kikyo dan Mini. Tapi lepas beberapa minit, Kikyo dan Mini serang Olaf sampai berdarah kepala dia.

Mirul tetap nak jodohkan Olaf dengan Mini dan Kikyo. Macam-macam Mirul buat. Ada orang cakap, bau mereka tak sama. Sebab tu gaduh. Cik Kedai pun cakap macam tu. Kakak Mirul pun sapukan bedak kepada semua hamster. Tapi mereka still gaduh. Kakak Mirul pun cuba lagi dengan mengcuci sangkar. Tapi mereka bergaduh juga. Mak Mirul ambil tindakan dengan pergi ke kedai haiwan. Niat mak Mirul sebenarnya nak belikan pasangan untuk hamster Mirul. Tapi Cik Kedai tak kasi.

Kenapa Cik Kedai tak kasi. Cik Kedai tu cakap hamster tu kalau nak bau sama, spray minyak wangi. Cik Kedai cakap, hamster dekat kedai dia semua bergaduh dulu. Letak minyak wangi terus tak bergaduh. Mirul pun cuba try apa yang dikatakan oleh Cik Kedai. Tapi lagi terus jadinya. Jadi Mirul terpaksa asingka Olaf dari Kikyo dan Mini supaya tak berlaku kemalangan.

Korang ada tak cara nak satukan hamster. Kalau ada komen