Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku. Apa khabar korang semua? Sihat? Aku dekat sini teramatlah sihat walafiat. Apa yang korang buat time cuti ni? Mereput? Jangan mereput, buatlah something yang seronok. Btw, hari ini aku ada cerita lagi.
Ceritanya macam ni, ada seorang mak cik ni, dia kawan mak aku. Dia ni kira baik dengan keluarga aku. So, nak dijadikan cerita dia belanja aku dengan adik aku tiket pergi Movie Animation Park Studios (MAPS) dekat Ipoh. So, aku macam excited sebab ada orang nak belanja aku. Korang pun mesti excited juga kalau dapat pergi kan?
So, hari Isnin yang lalu, aku pun bersiap-siap nak pergi ke sana. Bila aku dah sampai sana, rupa-rupanya mak cik tu bukan belanja aku sorang, campur aku dia belanja 15 orang. Aku macam terkejut, mesti mahal nak bayar tiket masuk. MAPS mahal kot harga tiket.
Bila aku dah masuk, rupanya kawasan tu macam Kidzani lebih kurang. Ada bangunan sana sini. Banyak benda best ada dekat sana. Boleh main langgar-langgar kereta. Ada yang pusing-pusing 360 darjah dan ni yang paling best and mencabar.
Permainan nya tak banyak sangat sebab tempat tu tak buka sepenuhnya, ada kawasan masih tutup sebab dalam sesi percubaan. Rasanya Jun 2018 baru buka kawasan tu. Kawasan tu nampak macam best. Lagi mencabar permainannya. But, nak buat macam mana dah tutup so redo jer lah.
Dekat sana ada kedai makan tapi harganya amat lah mahal. So, aku dekat sana dengan adik aku just makan ice cream. Nak jimat duit katakan. Lepastu, tengah syok-syok main, ternampak pula pelawak solo terkenal Malaysia dekat sana. Nak tahu siapa? Harith Iskandar thooo. Aku nak tangkap gambar dengan dia tapi ada family dia. So, aku tak nak ganggu dia dengan family dia bercuti. So, aku lepaskan peluang tu.
Nak singkatkan kata, ada Papazola Mat Salleh, Kedai Tok Aba, Boboiboy 4D Cinema, ada maskut karakter Boboiboy, ada maskut Smurf, ada ruang angkasa, ada rumah Smurf dan banyak lagi.
So, kalau nak pergi MAPS, pergilah lepas Jun 2018 dan hari Sabtu and Ahad. Sebab hari tu ada something berbeza dengan hari-hari yang lain.