Assalamualaikum.
Macam biasa aku akan tanya khabar korang semua. So, korang apa khabar.
Aku sekarang dalam delema Universiti. Biasa lah semua orang akan hadapi sesuatu for the first time. So, ini first time aku masuk Universiti, first time kena share life dengan orang tak kenal, first time hidup jauh dari family. So, adakah aku boleh hidup. Entah lah.
Jadi, 15 July ni aku akan berpindah sementara ke Shah Alam. Maksud aku sambung belajar lah. Ramai dah orang nasihatkan aku, hati-hati dekat sana. Sana tempat orang berhibur. Mereka takut, aku balik jadi orang lain karang.
Aku ada juga dengar cerita yang UiTM Puncak Perdana ni seram. Dah banyak kes-kes hantu. Lagi-lagi ada senior dalam grup wassap cakap pasal story hantu dia. Lagi takut lah aku. Bukan apa, aku ni memang penakut orang. Aku dah lah penakut, dahtu aku pula yang asyik nampak mahkluk-mahkluk ni. Sabor jer lah.
Banyak aku fikir sebelum selangkah ke UiTM. Antaranya nak fikir pasal masalah duit. Faham-fahamlah Shah Alam. Kos sara hidup dia tinggi. Nak harapkan PTPTN pun belum tentu cukup. Nasib boleh mohon kupon makanan.
Aku ada juga fikir tentang macam mana roommate aku nanti. Aku risau jer roommate aku dapat yang lain macam. Pengisap ke apa ke. Aku bukan nak pulaukan orang macam ni. Aku takut aku tergolong saja. Aku harap roommate aku satu kepala itu jer. Dah lah dengar cerita satu rumah tu kena kongsi 8 orang. STRESSS aku dibuatnya.
Entah macam mana alam Uni yang bakal aku hadapi. Orang cakap takut kejutan budaya. So, doakan lah aku tak terkejut dengan budaya sana nanti. Aamiin
Akhir kata, doakan keadaan aku di sana. Bye. Assalamualaikum.