Assalamualaikum.
Selamat sejahtera
Hari aku nak cerita sedikit pasal sahabat. Apa itu sahabat? Korang semua mesti ada sahabat bukan. Sama ada korang rapat atau hubungan itu biasa-biasa sahaja. Berapa ramai sahabat korang. Seorang? Sepuluh? Ataupun tidak terkira?
So, aku nak ceritakan sedikit apa itu sahabat versi Mirul. Aku dari tadika ada kawan tapi just kawan-kawan untuk menegur sahaja, kira macam tak rapat mana pun. Aku dari tadika sampailah darjah empat aku merupakan seorang yang berwatakan pendiam. Nak buka mulut pun susah. Macam ada harta karun saja dalam mulut tu. HAHAHA. Tapi naik sahaja darjah 5 aku dah mula bersosial. Bukan apa, sebab dari darjah 1 hingga 4 aku berada di kelas bawah, bila naik kelas atas, kau jumpa orang baru dan terpaksa bersosial kalau tidak kau ibarat tunggul. So, time tu aku dah mula ada sedikit kawan-kawan. Dan pada waktu itu juga aku baru kenal manusia itu ada pelbagai ragam.
Nak dijadikan cerita di sini, bila korang masuk ke sekolah menengah korang akan mempunyai kawan yang matang dan tidak matang. Ia terpulang pada korang untuk pilih kawan yang mana. So, bila aku masuk sekolah menengah, aku ada berfikir sejenak. Aku berfikir bahawa kalau jadi seorang yang pemalu dan tiada kawan, tak bagus juga untuk diri aku. So, start dari zaman sekolah menengah, aku mula bersosial lebih sedikit. Sedikit je lah. So, adalah bertambah kawan-kawan aku.
Tapi nak dekat habis SPM, baru aku perasan macam aku ni tak penting pun bagi mereka. Sebab aku perasan, bila mereka lepak or jalan-jalan, mereka tak pernah ajak aku. Aku rasa terkilan lah juga. Aku rasa macam "Aku ini wujud ke dalam senarai kenalan mereka". Kenapa mereka tak pernah ajak aku keluar. Aku ini buat mereka rasa tak selesa ke? Kalau aku lepak dengan si Mereka ini, aku mesti kena palau. Kadang-kadang jadi bahan-bahan lawak mereka sahaja. So, aku rasa sepanjang sekolah kita berkawan, aku rasa macam aku dipergunakan untuk dipinjam buku sekolah oleh mereka. Dipergunakan untuk ajar apa yang mereka tak faham di sekolah. Dipergunakan untuk manfaat. Bila habis sekolah, aku dah tak bernilai.
Tapi masuk sahaja zaman universiti, aku berazam untuk jadi lebih sosial dan tidak malu lagi. So, masuk saja universiti, aku ubah diri aku 360 darjah. Terus jadi orang lain. Dan hebat juga, aku dapat banyak kawan yang terbaik. Mereka sangat berbeza dari kawan-kawan zaman sekolah. Mereka sentiasa sudi dengar masalah aku dan mereka sudi menceritkan masalah masing-masing. Dan mereka sentiasa nak terbaik untuk aku. Kalau bergaduh dengan kawan uni tu tak dinafikan, dalam mana-mana hubungan persahabatan pasti ada bergaduh. Tapi aku perasan juga, semakin banyak kawan, semakin banyak hati nak kena jaga. Zaman aku tak ada kawan, tak perlu aku risau pasal hati orang lain.
Hujung pangkal cerita, bagi aku nilai seorang sahabat itu mahal. Kadang-kadang nak tercalon dalam list itu pun susah. Kawan-kawan yang mempergunakan kita, biar pergi mampus dia. Orang kata, kita stay dengan orang yang baik-baik. Aku berharap hubungan persahabatan yang aku ada ini berkekalan sampai ke jannah. Memang banyak kawan, kena jaga banyak hati. Tapi tak semua kena jaga. Kalau kita nampak kawan kita buat salah, sakitkan hatinya sedikit supaya dia jadi orang yang lebih baik baik. Dan jangan terlampau menjaga hati sahabat kita, jagalah hati sendiri dan keluarga. Ingat tau, kawan mencerminkan diri kita, kita mencerminkan didikan ibu bapa kita. So, itu sahaja dari aku.
Jangan lupa komen apa itu sahabat versi korang!
Sekian.