Assalamualaikum.
Selamat sejahtera
Hari aku nak cerita sedikit pasal sahabat. Apa itu sahabat? Korang semua mesti ada sahabat bukan. Sama ada korang rapat atau hubungan itu biasa-biasa sahaja. Berapa ramai sahabat korang. Seorang? Sepuluh? Ataupun tidak terkira?
So, aku nak ceritakan sedikit apa itu sahabat versi Mirul. Aku dari tadika ada kawan tapi just kawan-kawan untuk menegur sahaja, kira macam tak rapat mana pun. Aku dari tadika sampailah darjah empat aku merupakan seorang yang berwatakan pendiam. Nak buka mulut pun susah. Macam ada harta karun saja dalam mulut tu. HAHAHA. Tapi naik sahaja darjah 5 aku dah mula bersosial. Bukan apa, sebab dari darjah 1 hingga 4 aku berada di kelas bawah, bila naik kelas atas, kau jumpa orang baru dan terpaksa bersosial kalau tidak kau ibarat tunggul. So, time tu aku dah mula ada sedikit kawan-kawan. Dan pada waktu itu juga aku baru kenal manusia itu ada pelbagai ragam.
Nak dijadikan cerita di sini, bila korang masuk ke sekolah menengah korang akan mempunyai kawan yang matang dan tidak matang. Ia terpulang pada korang untuk pilih kawan yang mana. So, bila aku masuk sekolah menengah, aku ada berfikir sejenak. Aku berfikir bahawa kalau jadi seorang yang pemalu dan tiada kawan, tak bagus juga untuk diri aku. So, start dari zaman sekolah menengah, aku mula bersosial lebih sedikit. Sedikit je lah. So, adalah bertambah kawan-kawan aku.
Tapi nak dekat habis SPM, baru aku perasan macam aku ni tak penting pun bagi mereka. Sebab aku perasan, bila mereka lepak or jalan-jalan, mereka tak pernah ajak aku. Aku rasa terkilan lah juga. Aku rasa macam "Aku ini wujud ke dalam senarai kenalan mereka". Kenapa mereka tak pernah ajak aku keluar. Aku ini buat mereka rasa tak selesa ke? Kalau aku lepak dengan si Mereka ini, aku mesti kena palau. Kadang-kadang jadi bahan-bahan lawak mereka sahaja. So, aku rasa sepanjang sekolah kita berkawan, aku rasa macam aku dipergunakan untuk dipinjam buku sekolah oleh mereka. Dipergunakan untuk ajar apa yang mereka tak faham di sekolah. Dipergunakan untuk manfaat. Bila habis sekolah, aku dah tak bernilai.
Tapi masuk sahaja zaman universiti, aku berazam untuk jadi lebih sosial dan tidak malu lagi. So, masuk saja universiti, aku ubah diri aku 360 darjah. Terus jadi orang lain. Dan hebat juga, aku dapat banyak kawan yang terbaik. Mereka sangat berbeza dari kawan-kawan zaman sekolah. Mereka sentiasa sudi dengar masalah aku dan mereka sudi menceritkan masalah masing-masing. Dan mereka sentiasa nak terbaik untuk aku. Kalau bergaduh dengan kawan uni tu tak dinafikan, dalam mana-mana hubungan persahabatan pasti ada bergaduh. Tapi aku perasan juga, semakin banyak kawan, semakin banyak hati nak kena jaga. Zaman aku tak ada kawan, tak perlu aku risau pasal hati orang lain.
Hujung pangkal cerita, bagi aku nilai seorang sahabat itu mahal. Kadang-kadang nak tercalon dalam list itu pun susah. Kawan-kawan yang mempergunakan kita, biar pergi mampus dia. Orang kata, kita stay dengan orang yang baik-baik. Aku berharap hubungan persahabatan yang aku ada ini berkekalan sampai ke jannah. Memang banyak kawan, kena jaga banyak hati. Tapi tak semua kena jaga. Kalau kita nampak kawan kita buat salah, sakitkan hatinya sedikit supaya dia jadi orang yang lebih baik baik. Dan jangan terlampau menjaga hati sahabat kita, jagalah hati sendiri dan keluarga. Ingat tau, kawan mencerminkan diri kita, kita mencerminkan didikan ibu bapa kita. So, itu sahaja dari aku.
Jangan lupa komen apa itu sahabat versi korang!
Sekian.
waalaikumussalam.
BalasPadamsaya tak ramai kawan dari kecil lagi.
memang pendiam, cakap apa yang penting saya sampai sekarang.
tapi jika ada yang tidak kena pasti cepat melenting.
tapi ada kawan yang faham.
kalau diam membawa kebaikan.. teruskan
Padamawhhh so cute! kalau saya, circle or friend kecil je tapi tu lah kwn yg boleh guna ade dgn kita susah mahupun senang
BalasPadamalhamdulillah, semoga terus berkawan sampai jannah
Padamheiii we're in the same kinda situation, here. jenis malas campur hal orang, yang penting belajar je. bila dah makin tua ni, sosial tu jadi satu keperluan. macam-macam perangai orang kita jumpa. yang kawan bila perlu je, yang gunakan kita untuk kepentingan peribadi, yang terpaksa kawan, yang makan kawan. yang memahami kita tu adalah sorang dua. tapi kita belajar dari dorang, kita tak boleh paksa orang suka kita kan? so amalan masa kecik tu datang balik. nak kawan, datang. tak nak, silakan. asalkan tak menggangu, sudah. btw, nice sharing! keep it up.
BalasPadamKerana sudi menceritakan kisah persahabatan awak
PadamYg bahagian tak diajak keluar tu. Saya merasa juga. Kawan sekolah menengah beberapa kerat je yg ajak keluar. Sbb kat sekolah menengah tu tu boleh tahan juga As-sabiah nya. Yg terkenal lepak dgn yg terkenal. Yg nk tumpang terkenal, turut berkawan dgn yg terkenal. Tinggal lah mereka yg selekeh dan serabai mcm saya ni. Tpi sekolah menengah juga yg mengajar bahawa, kita tak boleh paksa diri kita utk berada dlm lingkungan kawan2 yg tak berapa sesuai dgn kita. Yg pasti, akan ada kawan yg sudi berkawan dgn kita walau berhadapan dgn kekurangan kita.
BalasPadamSemoga kawan tersebut akan datang dalam kehidupan kita wahai sahabat
PadamTapi, di dlm kehidupan kita pasti ada rakan yg mmg boleh masuk dgn kita. Mereka tak ramai. Tapi ada
BalasPadamSahabat versi saya, yang toxic semua dah buang jauh2 alhamdulillah hidup dah makmur dari dulu haha
BalasPadamSekarang ada beberapa je yang stay dan memahani, itupun kenal dari social media and beberapa je yang kenal dari sekolah menengah.
I like my circle small. Circle besar tapi kebanyakkannya bad influence pun tak guna jugak.
tq sbb sudi bercerita
BalasPadamI don't exactly have much friends. my circle of friends are pretty small. I totally feel you about having friends but they don't always invite you to hang out with them. That's how it was for me back in high school and also sadly in Uni as well. i only have 1-2 close friends from high school. i have a few friends in uni but don't exactly hang out on daily basis but they do however include me in their birthday celebration.i'm pretty much on my own most of the time and most of my friends seem to have a larger circle of friends outside uni so at times i felt like i'm just someone that they know and talk to in uni only.
BalasPadamInshaAllah satu hari nanti kita akan dapat kawan yng betul2 menghargai kita.
Padamfor me, aku lebih selesa kalau circle kawan tu kecik je. bukan apa less is better. less drama, stress free. tbh i have a lot of guy friends compare to girl hahahaha
BalasPadamAku zaman sekolah banyak kwn girl..... masuk uni jadi terbalik pulak
Padamquality is more important than quantity...ingat tu!
BalasPadamsaya dah lama follow blog awk ni...follow sye balik deh..heheh
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/
tq sudi sbb follow... aku akn ingt kata2 kau
Padamkawan biar ramai dan pilihlah antaranya kawan digelar sahabat
BalasPadamfollowed here #331
terima kasih sebab follow
BalasPadamhaiiiii. just nak tanya, sekarang awak contact lagi tak dengan kawan sekolah awak tu? naktahu respons kawan sekolah awak tu bila tengok awak dah berubah
BalasPadamDah tak contact dan malas dah nak ambil tahu pasal diorg
Padamwaalaikumussalam. saya pun masa waktu sekolah agak pendiam. sampai ada yang dok usik2, ejek nama. memang menyakitkan hati but saya rasa better saya diam je. tak nak gaduh2.
BalasPadambila dah start masuk kolej, saya pun start nak ubah diri sendiri. tapi not that fast, slow2 je. and then i got new friends. mmg betul, bila dah ramai kawan ni, kena jaga banyak hati. and i already experienced it. hati sendiri pun tak terjaga, inikan pulak nak jaga hati member. hmmm.
Itulah kan. Aku doakan yg terbaik untuk kau dan kawan-kawan kau
Padam