Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku.
Adakah semua sihat belaka atau ada yang sakit-sakit? Aku dekat sini masih sihat belaka. Harap berterusan, InshaAllah.
Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan Novel Coronavirus yang semakin berleluasa dia punya perebakan. Jadi aku berharap semua orang jaga kesihatan. Sentiasa cuci muka dan tangan. Jangan lupa juga untuk pakai mask mulut. Covid 19 ni bukan hal main-main.
Tapi bukan itu saja yang aku nak cerita. Aku nak ceritakan apa yang terjadi pada semester 3 aku ni. Kita mula dengan MUET. Alhamdulillah, MUET berjalan dengan lancar walaupun aku dapat Perlis. Shah Alam ke Perlis amatlah jauh. Dan bersyukur juga sebab aku dapat tajuk yang senang. Tajuk apa? Tajuk dia " Nyatakan sebab manusia bahagia" dan sebabnya atau empat pointnya ialah "Duit, kesihatan, kebebasan, kawan". Senang kan. So harap grad MUET pun tinggi lah.
Kita berbalik kepada isu Covid 19. Disebabkan masalah virus ni, kami sebagai student UiTM diperintahkan untuk pulang pada tarikh hari ini 17.3.2020. Bila diumumkan sebegitu rupa, macam-macam juga yang aku fikirkan. Macam mana dengan final year project aku. Macam mana pulak dengan intern aku. Adakah bakal diextend. Aku malas nak extend-extend sebab nanti habis diploma lambat. Aku dah bajet-bajet dah bila aku nak kahwin. HAHAHAHAHA. Dikhabarkan kitorang akan bercuti sampai hujung bulan tiga. Kira lama lah kan.
Untuk maklumat korang juga, aku just habis MUET Speaking je. Yang lain belum habis. Dan MUET yang lain ditundakan pada bulan 5. Bapak lama wei. Aku bab tangguh-tangguh ni memang aku tak suka. Kecuali tangguh assignment. HAHAHAHAHA. Gurau jer. Tapi aku memang tak suka tangguh-tangguh.
Apa-apa pun, sebelum aku tamatkan penulisan ini aku nak kita sama-sama berdoa untuk diri kita dan orang lain agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik, Aamiin.
Sekian