PAUSE HERE

Selasa, 17 Mac 2020

Cuti Yang Tak Disukai


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku.

Adakah semua sihat belaka atau ada yang sakit-sakit? Aku dekat sini masih sihat belaka. Harap berterusan, InshaAllah.

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan Novel Coronavirus yang semakin berleluasa dia punya perebakan. Jadi aku berharap semua orang jaga kesihatan. Sentiasa cuci muka dan tangan. Jangan lupa juga untuk pakai mask mulut. Covid 19 ni bukan hal main-main.

Tapi bukan itu saja yang aku nak cerita. Aku nak ceritakan apa yang terjadi pada semester 3 aku ni. Kita mula dengan MUET. Alhamdulillah, MUET berjalan dengan lancar walaupun aku dapat Perlis. Shah Alam ke Perlis amatlah jauh. Dan bersyukur juga sebab aku dapat tajuk yang senang. Tajuk apa? Tajuk dia " Nyatakan sebab manusia bahagia" dan sebabnya atau empat pointnya ialah "Duit, kesihatan, kebebasan, kawan". Senang kan. So harap grad MUET pun tinggi lah.

Kita berbalik kepada isu Covid 19. Disebabkan masalah virus ni, kami sebagai student UiTM diperintahkan untuk pulang pada tarikh hari ini 17.3.2020. Bila diumumkan sebegitu rupa, macam-macam juga yang aku fikirkan. Macam mana dengan final year project aku. Macam mana pulak dengan intern aku. Adakah bakal diextend. Aku malas nak extend-extend sebab nanti habis diploma lambat. Aku dah bajet-bajet dah bila aku nak kahwin. HAHAHAHAHA. Dikhabarkan kitorang akan bercuti sampai hujung bulan tiga. Kira lama lah kan.

Untuk maklumat korang juga, aku just habis MUET Speaking je. Yang lain belum habis. Dan MUET yang lain ditundakan pada bulan 5. Bapak lama wei. Aku bab tangguh-tangguh ni memang aku tak suka. Kecuali tangguh assignment. HAHAHAHAHA. Gurau jer. Tapi aku memang tak suka tangguh-tangguh.

Apa-apa pun, sebelum aku tamatkan penulisan ini aku nak kita sama-sama berdoa untuk diri kita dan orang lain agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik, Aamiin.

Sekian

13 ulasan:

  1. Saya pon pikir macam tu tapi takpelah, penangguhan ni untuk kebaikan semua. gelombang kedua tu jadi pon sebab masing2 tak cukup berhati2, so harap2 dgn kawalan ni, keadaan jadi reda sikit

    BalasPadam
  2. Things are little confusing at these times. I'm a postgrad student here in UM but we haven't gotten any instructions yet on what to do with our current semester. E-learning is put on hold until the two weeks restriction order has passed. I hope Malaysians can hang in there until the situation becomes better.

    BalasPadam
  3. tulah, sebagai one of student uitm, anis dah tak nak benda extend ni sebab dulu waktu diploma kitorang dah cuti 5 bulan from mid march then masuk balik sept 2017 semata-mata nak sama kan intake budak degree.

    BalasPadam
  4. susah bila dah jadi camni kan, semua benda terpaksa ditangguhkan.
    stay safe!

    BalasPadam
  5. ada yg suka and ada yg tak senang sbb x dpt pegi memana hahahaha.
    anyway stay safe and take care okay.

    BalasPadam
  6. Rata-rata ramai orang macam tu . Sejak wabak covid melanda ni banyak kerja yg perlu diextandkan . Semoga kita semua dilindung oleh Allah

    BalasPadam
  7. Semoga Allah pelihara kita...ni boleh jadi ujian,boleh jadi rahmat bagi orang yang beriman..banyak2 kan bersabar..sis terasa juga sebab student uitm :'/

    BalasPadam
  8. Yeap, bila RMO was announced, benda pertama yang risau adalah tentang studies.
    Anyway, stay safe Amirul!

    BalasPadam
  9. Mirul komen secara umum, terima kasih semua yang mendoakan untuk keselamatan dan kesihatan mirul. Begitu juga mirul doakan untuk korang semua

    BalasPadam
  10. ah goodluck for your incoming muet. tbh in my situation extend tak seronok e-lerning pun tak seronok because of kena drop 2 subjects but anyway i hope benda ni boleh setel asap. penat nak pikir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita. Bagi aku, extend more better than e-learn

      Padam
  11. salam dik..bertabahlah yaa,, good luck for your muet okay^^
    stay safe and jom sama2 break covid19 chain.

    BalasPadam