Assalamualaikum dan apa khabar kepada semua pembaca blog aku.
Alhamdulilllah, aku disini sihat belaka. Cuma, dua tiga hari ni aku asyik bersin-bersin. Tapi sekarang aku dah okey.
Baru sahaja semalam kita dikhabarkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi dua minggu iaitu pada 28 April. Seperti yang Perdana Menteri kita cakap, agak bahaya untuk menghentikan PKP terlalu awal kerana negara-negara lain yang lakukan seperti itu, jumlah pengidap covid-19 bertambah semula. Jadi, aku rasa tindakan kerajaan untuk melanjutkan PKP adalah betul.
Disebabkan PKP dilanjutkan, percutian pelajar-pelajar sekolah pun bertambah. Pembelajaran budak sekolah semua bergantung pada ibu bapa dan pelajar sendiri samada mahu belajar di rumah atau tidak perlu belajar dan enjoy saja dengan cuti.
Malah, student universiti atau UiTM terpaksa meneruskan pembelajaran diorang secara online. Banyak student yang merungut pasal benda.
Gambar diatas cukup mengatakan bahawa pelajar-pelajar sudah majoriti mahu extend tetapi gambar dibawah menunjukkan pelajar-pelajar UiTM sangat jujur walaupun tidak mahu kelas online.
Gambar di atas, menunjukkan pelajar-pelajar UiTM bersikap jujur bahawa mereka boleh sahaja ambil kelas online tetapi mereka hanya tidak mahu mengambil kelas online.
Pendapat aku pasal kelas online? Bagi aku kelas online ni kebaikan dia, kita boleh habis belajar awal dan tak perlu tangguh semester. Tapi kalau dari segi keburukan dia, akan selalu berlaku miss communication. Biasalah online. Kalau depan-depan selalu dapat information salah, apatah lagi online. Tapi, apa-apapun, aku tak ada masalah dengan kelas online.
Golongan mana yang ada masalah kelas online ni. Golongan susah tak mampu beli internet? Tidak! Sebab UiTM dah bantu beri RM30 setiap bulan untuk internet. Jadi siapa? Meh aku cerita.
Pertama, golongan pemalas. Golongan ini suka menggunakan masa yang ada untuk enjoy dan tidak berbuat apa-apa. Suka duduk rumah, tidur, makan, tidur, makan, tidur, dan kemudian gemuk.
Golongan kedua pula ialah golongan belum cuba, dah give up. Golongan ini ialah golongan yang kata mereka akan fail dan tidak akan dapat dekan jika buat kelas online. Sedangkan secara hakiki, class face to face pun tak dapat dekan.
Golongan ketiga ialah golongan yang ada internet tapi tak dapat line. Golongan ini selalunya duduk di kawasan perkampungan atau pendalaman. Berilah bantuan duit seperti mana pun, kalau internet ada, line tak ada, tak guna juga.
Golongan keempat, golongan yang sangat susah. Kalau sebelum ni boleh pinjam laptop lab or kawan. Sekarang dia tak boleh pinjam sesiapa pun.
Inilah golongan yang tidak mahu kelas online dan tidak mampu survice ketika kelas online berlangsung. Aku tegaskan balik, aku OK jer kelas online.
Akhir kata, mari kita doakan kelas online berjalan dengan baik dan wabak covid-19 berkurang dan pupus.
Sekian.
PKP di extand sehingga 28APRIL.
BalasPadamSemoga segala urusan dipermudahkanwalauoun dalam tempoh PKP
Aamiin
Padamgood luck ya dik, apa yg penting niat kita nak belajar, inshaAllah berjaya^^..moga dimudahkan urusan.
BalasPadamterima kasih.
PadamStudent architecture sangat terkesan kalau buat kelas online sebab proses pembelajaran bukan kuliah semata-mata tetapi presenting idea dan lukisan untuk dikomen lecturer. Selalunya lecturer akan conteng atas drawing. Bila online, jadi agak susah. Boleh buat, tapi susah sikit. All the best untuk baki semester!
BalasPadamterima kasih. saya sudah tak terbaki sem dah. sbb sem ni last. sem depan intern.
PadamDekat UIA gombak, awal2 dh extend sem... jadinya cuti mid-sem kitorang hmpir dua bulan tempohnya... Hahahadoi, kelas online dh bkn pilihan utama buat masa ni..
BalasPadamuntunglah extend, jeles jp
Padamgudluck ye dengan study :)
BalasPadamMakaseh banyak2
BalasPadamgoodluck la..kita serupaaa...
BalasPadammoh singgah,i got new song to share
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html
Nanti kita singgah
PadamGood luck, Amirul!
BalasPadamTQ
Padamhappy blogging & have a great day...
BalasPadamSemoga berjaya
BalasPadamterima kasih
BalasPadamWah dapat RM 30 sebulan bestnya ! hehe, rasanya insan insan terkesan dengan e learning ni more kepada yang banyak praktikal . Selamat study !
BalasPadamSelamat belajar..atleast ad experience kelas online
BalasPadampada mulanya yeas aku sangkat menentang sebabnya aku tersepit dengan drob subject. pada mulanya mereka mengarahkan pada subject yang tidak mampu online (read: hands on subject like bengkel, lab and etc) wajib drop nak ambik sem depan. subject utk sem depan sudah padat mahunya tambah lagi 2 subject? dan aku still ada bengkel sem depan. jadi 2 bengkel plus lab next sem. so boleh jadi kami akan extend jugak. masa tu mmg inline kelas pun extend extend sem pun mmg extend.
BalasPadambut alhamdulillah lepas tgk oerkeliling baru kami kemungkinan dapat balik after raya utk kelas yang hands on so tak payah drop. kat situ dah lega sangat. so far my online class semuanya okay yela both lecturer and students pun baru guna. memasing tengah belajar lagi.