PAUSE HERE

Ahad, 24 Januari 2016

Mengembara Ke Dunia Yang Hilang Di Tambun

Assalamualaikum. Hari ni aku pergi ke Lost World Of Tambun. Sepatutnya kami pergi hari sabtu. Tapi kami pergi hari ni. Aku memang dah lama nak ke Tambun. Ramai orang kata Tambun ni best. Alhamdulillah, aku dapat merasa pergi ke tambung.

Pengembaraan aku bermula dengan berjumpa sebilangan ekor kucing coklat gergasi. Yang di mana, kucing-kucing ini menanti aku kat depan pintu. Aku maksudkan patung kucing. Selepas itu, ada badut yang sibuk melayan pengembara. Ada juga, manusia ala-ala orang asli menanti aku sebelum mengembara.

Selepas itu, aku masuk ke pintu pengembaraan. Aku terus nampak laut (laut tipu). Di situ, aku bermandi untuk seketika. Aku teruskan perjalanan ke cendawan yang mengalirkan air. Di situ, aku rasa kepala aku macam kena ketuk. Kuat sangat airnya. Seterusnya, aku teruskan pengembaraan aku ke kawasan lanun (tempat kanak-kanak). Aku nampak kura-kura gergasi (patung) dan aku juga nampak katak gergasi (patung). Aku juga nampak kapal lanun (permainan)'

Pengembaraan aku tak berhenti, sebab aku ada dengar pasal terowong pengecut. "Terowong Pengecut" ni nama aku beri khas untuk tempat tu. Aku cuba masuk 3 terowong. Terowong yang aku katakan ni ialah gelungsur yang panjang. Tapi aku gelar terowong. So terowong yang aku paling takut ialah terowong gelap. Dimana bila korang masuk, korang takkan nampak apa. Gelap sampai ke penghujung.

Pengembaraan aku diteruskan di gelungsur maju undur. Gelaran ini special aku bagikan. Kenapa aku gelar macam tuk. Bila kita gelungsur, dia akan terus maju dan undur balik. Tu dapat gelaran ni. Naik benda ni tak adalah takut sangat. Biasa-biasa jer.

Selepas itu, pengembaraan aku diteruskan dengan melihat beberapa binatang di sana. Dan aku teruskan pengembaraan ke buayan udara. Dan ini juga gelaran yang aku sendiri bagi. Yang dimana, aku akan dibuai di atas udara. Muahahahahaha^^ Perjalanan kami diakhiri dengan menaiki kapal ayunan. Ni pun aku gelar sendiri. Di sini, aku diayun-ayun ketika menaiki kapal ni.

So, aku cadangkan untuk korang datang ke Lost World of Tambun. Yang dimana, korang boleh bersuka ria. Nak release tension pun boleh. So datanglah.

6 ulasan:

  1. Memang best pun Tambun. Tapi lepas mandi memang kena tahan la sebab kulit terbakar lepastu air klorin tu kadang boleh buat kulit mengelupas. Hehe !

    BalasPadam
  2. best kan sana . part best kat sauna dia

    BalasPadam
  3. kdg kdg air mmg boleh tolong relieve stress!!^^

    BalasPadam
  4. ingatkan dunia hilang apalaa. haha. dlu skolah ipoh haih rndu plak http://oligosacchariderrr.blogspot.my/2016/02/life-as-university-student.html

    BalasPadam