PAUSE HERE

Sabtu, 8 Disember 2018

Karyaone & FiTA Cosplayer


Assalamualaikum pembaca ku semua.

Sudah berhari-hari aku tidak update blog aku. Ini kerana aku sangat busy dengan satu event besar tahunan dari FiTA iaitu Karyaone. Karyaone ini diadakan sepanjang tahun. So pada Karyaone 21, aku turut terlibat sikit.

So, sebelum-sebelum ni aku ada join satu kelab rasmi under UiTM iaitu kelab FiTA Cosplayer. Yup! kelab ini untuk orang yang berminat bercosplay. So, aku juga turut berminat so aku join. Selepas join, adalah meeting sikit bahawa yang kelab kita kena buat show untuk Karyaone. Jadi, kitorang sudah berbulan-bulan plan macam-macam dan turut pratice.

So, lagi 2 hari nak Karyaone, kitorang perlu pergi ke Dewan Agong Tuanku Chancellor (DATC). Untuk apa kitorang pergi ke sana. Ofcos untuk rehearsel. Time rehearsel tu, teruk lah kitorang kena marah dengan Stage Manager (SM). Kitorang kena marah sebab nampak macam tak prepare. Kitorang bukan tak prepare tapi ini adalah kali pertama kitorang terlibat dengan event yang besar dan pentas yang besar. Jadi, mana kitorang nak tahu prosedur dia. Nak dijadikan cerita, maka terlantik lah seorang SM khas untuk kelab kitorang iaitu Sis Cat. So sepanjang lagi 2 hari nak Karyaone, kami dilatih dengan tegas oleh SM.

Pada 4 Desember, mulalah kitorang punya show yang pertama, iaitu flashmob. Dan itu merupakan hari pertama aku menari atas jalan dan depan khayalak ramai. Alhamdulillah, flashmob berjalan lancar. Ramai yang puas hati.

Pada 5 Desember, merupakan hari kitorang mempersembahkan semua show yang ada. Show apa yang ada? Show nya seperti nyanyian from Disney animation movie, Dance Cover, Mortal Dance dan last sekali Cosplay Fashion Show Competition. Dan itu merupakan hari aku menari atas pentas yang gila-gila besar depan 200 lebih orang. Kau rasa? Alhamdulillah juga, semua berpuasa hati. Ramai kata event kitorang best. Dan ada turut kata event kitorang yang paling best dari banyak-banyak event di Karyaone.

Hujun kata, aku akatsuki bertudung dan bertopeng.

Sabtu, 6 Oktober 2018

Dua Bulan Di Alam Universiti


Assalamualaikum anda-anda semua.

Adakah anda semua merindui Amirul Rahman? Ya, mungkin korang dah tak kenal siapa aku. So, macam biasa, aku terlalu sibuk hingga  blog aku hampir jadi debu. Bukan apa, sekarang aku sudah digelar sebagai mahasiswa UiTM, maka aku bertambah busy dan lagi-lagi aku nak fokus dengan assignment yang berlambak. Alang-alang aku dah buka pasal topik UiTM, so apa kata aku ceritakan sedikit pengalaman setakat ini sebagai menjadi mahasiswa

Pada mulanya aku mendaftar, memang macam tak ada kawan. Nak tegur orang pun aku rasa takut. Maklumlah muka-muka tak kenal semua. So, aku just berkenalan dan lepak dengan housemates aku jer. So, housemates aku ada lapan orang, kira banyaklah juga kawan time first-first masuk.

Tapi aku tak adalah tak buat kawan langsung. Ada juga aku buat kawan. Dan aku bukan jenis pilih kawan sebab mak aku selalu berpesan untuk berkawan dengan semua orang dengan syarat, yang buruk kita pendoman, yang baik kita buat contoh. So, berbalik pada topik asal aku, tadi pasal kawan. Satu hari ni, aku rasa hari Khamis, Animation buat satu malam sebagai event Cartoon Nite. Event ini best dan event ini mengalakkan semua student Animation diploma part 1 pakai baju cosplay. So malam itu adalah first time aku pakai baju cosplay. Aku jadi cosplay apa? Aku jadi cosplay akatsuki. Nak gambar aku pakai cosplay? Sory, ia adalah edisi terhad. Jadi dalam nak menjayakan Cartoon Nite ni, aku terpaksa membuka mulut dan berkawan dengan semua orang. Dan event ni yang buat aku start berkawan separuh dari student animation batch aku.

Lepas tu, aku mula start hadir first class. Pengalaman dia sangat berbeza dari zaman sekolah dan ia amat mengecewakan aku. Sebab aku style class zaman sekolah sebab kena hadap muka yang setiap hari. Kalau class acah-acah universiti ni, kelas lain muka lain. So aku tak suka benda macam tu. Tapi tak apa aku akan biasakan diri. Dan dengan adanya class-class ini, aku mula nampak baik dan buruk classmates aku. Buruk tu tak payah cerita lah.

Okeylah, aku stop sampai sini sajalah. Sebenarnya aku ada banyak topik yang hendak distorykan disini. Tapi kalau aku story semuanya dekat sini, mahu jadi novel. Tak pasal adaptasi jadi drama pula. Eh eh, aku dah start mengarut. Okeylah, jumpa pada next entry.

Selasa, 17 Julai 2018

Tibanya Aku Di UiTM



Assalamualaikummmmmmmmmm.
Pada 15 Julai, akhirnya aku telah berpijak di UiTM Puncak Perdana atau singkatannya Pundana. So, sebelum aku sampai ke sini, aku tidur di rumah pak cik aku. Bila aku tinggal rumah orang, kenalah jaga perangai kan. So, aku jaga lah perangai aku. Dan patutnya malam tu, jadi malam aku berehat sebab esok dah nak daftar masuk UiTM. Tapi apakan daya, aku diganggu oleh anak pak cik aku. Dia still kecil. So aku kenalah faham situasinya.

So esoknya, aku mulakan langkah ke UiTM. Mostly, aku lihat suasana sekeliling dulu. Kira okey jugaklah keadaan Pundana ni. So dah daftar, dapat kunci. Dah dapat kunci, masuk-masuk bilik dan kemas lah semua barang. Time tu dah ada sesetengah housemate dah sampai. So aku just introkan nama aku jer lah.

Pengalaman orientasi dekat sini? Btw best. Aku dapat tengok shortfilem, persembahan teater, nyanyi bagai. Kira macam-macam lah. So sepanjang dekat UiTM ni, ramai orang tercari-cari aku ni siapa?. Sebab aku ni aktif sangat dekat WhatsApp. Kebanyakkan dah jumpa aku tapi ada juga yang tak jumpa-jumpa. Macam seorang ni, berjiran jer pun, tapi until now tak jumpa aku. So, biar aku jer lah cari dia.

Sebenarnya ada banyak benda menarik, kalau korang nak tahu bley check out dekat twitter dengan berhashtag #MDSminifita.

Seeya
Assalamualaikum

Ahad, 24 Jun 2018

Selangkah Ke UiTM


Assalamualaikum.

Macam biasa aku akan tanya khabar korang semua. So, korang apa khabar.

Aku sekarang dalam delema Universiti. Biasa lah semua orang akan hadapi sesuatu for the first time. So, ini first time aku masuk Universiti, first time kena share life dengan orang tak kenal, first time hidup jauh dari family. So, adakah aku boleh hidup. Entah lah.

Jadi, 15 July ni aku akan berpindah sementara ke Shah Alam. Maksud aku sambung belajar lah. Ramai dah orang nasihatkan aku, hati-hati dekat sana. Sana tempat orang berhibur. Mereka takut, aku balik jadi orang lain karang.

Aku ada juga dengar cerita yang UiTM Puncak Perdana ni seram. Dah banyak kes-kes hantu. Lagi-lagi ada senior dalam grup wassap cakap pasal story hantu dia. Lagi takut lah aku. Bukan apa, aku ni memang penakut orang. Aku dah lah penakut, dahtu aku pula yang asyik nampak mahkluk-mahkluk ni. Sabor jer lah.

Banyak aku fikir sebelum selangkah ke UiTM. Antaranya nak fikir pasal masalah duit. Faham-fahamlah Shah Alam. Kos sara hidup dia tinggi. Nak harapkan PTPTN pun belum tentu cukup. Nasib boleh mohon kupon makanan. 

Aku ada juga fikir tentang macam mana roommate aku nanti. Aku risau jer roommate aku dapat yang lain macam. Pengisap ke apa ke. Aku bukan nak pulaukan orang macam ni. Aku takut aku tergolong saja. Aku harap roommate aku satu kepala itu jer. Dah lah dengar cerita satu rumah tu kena kongsi 8 orang. STRESSS aku dibuatnya.

Entah macam mana alam Uni yang bakal aku hadapi. Orang cakap takut kejutan budaya. So, doakan lah aku tak terkejut dengan budaya sana nanti. Aamiin

Akhir kata, doakan keadaan aku di sana. Bye. Assalamualaikum.

Selasa, 22 Mei 2018

Ramadan 2018, Result SPM, UiTM Puncak Perdana


Assalamualaikum

Korang apa khabar? Sihat? Sorry agak lama juga lah aku mendiamkan diri dalam dunia blogger. Mula-mula memang sebab busy, tapi lama-lama rasa malas nak buka blog. Tapi sekarang tengah rajin lah. So, disebabkan sudah lama diam, hari ini aku ada banyak benda nak share dekat korang.

Mula-mula aku nak ucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadan" kepada semua umat Islam termasuk kepada sesiapa yang bukan Islam yang challenge diri mereka berpuasa bersama kami yang Islam. Ofkos, bagi aku bulan puasa paling best dari bulan raya. Why? Biarlah rahsia! HAHAHAHAHAHAH.

Second, aku nak borak sikit pasal result SPM aku. Result SPM aku tak terlalu gempak. Tak terlalu mendap. Biasa-biasa saja. Nak tahu? Aku dapat 5A 3B 2C. Apa yang A? Agama, Bahasa Melayu, Geografi, Sains dan Seni. Dengan result ini aku pun mohon UPU.

21/5/2018, result UPU sudah keluar. Apa lagi, tepat pukul 12, cepat-cepat aku buka. Tapi last-last website nya problem. Dalam pukul 1 lebih, baru dapat buka. So, bila aku buka, aku punya excited tidak boleh digambarkan. Sebab itu memang course yang aku nak. Apa dia? Dia adalah Diploma Animasi. Dekat mana? Dekat UiTM Puncak Perdana. Agak jauh dari rumah aku tapi tak apa sebab nanti kita hidup berpisah juga kan?

So, selepas tahu result ini, banyak pula bend aku pikirkan. Aku ni mampu ke hidup sebagai student dekat sana? Aku ni mampu ke buat kawan dekat sana? Aku ni mampu ke ngam dengan roommate aku? Apa akan jadi dalam seminggu aku dekat sana? Macam-macam aku risaukan. Last-last, aku sendiri pun malas nak fikir dah.

Aku rasa itu jer kot. Penat taip-taip ni.
SEKIAN.