PAUSE HERE

Rabu, 29 April 2020

Salam Ramadhan, Kawan Uni Atau Sekolah


Assalamualaikum, seperti biasa aku akan bertanyakan khabar korang.

Dan seperti biasa aku akan memberitahu khabar aku. Dan khabar aku baik. Hanya aku ada selsema dan jangan risau aku negatif corona. Aku just bersin sebab aku bela kucing.

Sebelum apa-apa, aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan puasa kepada semua umat Islam. Aku tahu bulan Ramadan kali ini berbeza dari yang sebelum-sebelum. Ramadan kali ini kita tiada bazaar, tak boleh main bunga api dekat luar, tak boleh berbuka di rumah saudara-mara mahupun dikampung. Tapi tak apa, Ramadhan harus diteruskan sama seperti PKP. Jadi, apa pengalaman korang di Ramadhan PKP. Korang boleh ceritakan di ruang komen, dan aku suka untuk membacanya.


Dua gambar di atas ialah kawan-kawan aku di zaman Universiti. Series aku rindu mereka semua sebab dah hampir sebulan tak jumpa. Tapi sebenarnya time PKP ni, aku dengan diorang setiap hari Voice Call ramai-ramai. So, rasa macam diorang sentiasa ada dekat dengan aku. Aku typing blog ni sekarang pun tengah on call ramai-ramai. Geng-geng aku ni ada nama tau, kitorang dipanggil sebagai Gengila. Siap ada Instagram lagi @gengilaofficial. 

Nak jadikan cerita hari ini, hari itu aku voice call dengan gengila-gengila yang lain. Waktu tu dalam pukul 3 pagi dan 2 pagi macam tu sampai Subuh. Kiranya sehari itu, kitorang tak tidur langsung. Waktu tu bukan bulan ramadan tapi nak hampir. Nak tahu apa yang aku borakkan? 

Okey, kitorang borak pasal siapa lagi better, kawan sekolah or kawan zaman universiti. Macam-macam kami bahaskan. Dan hampir semua kawan universiti bersetuju bahawa kawan zaman universiti more better dan kawan zaman sekolah. Aku pun setuju. Nak tahu kenapa kami setuju. 

First, kawan uni hidup bersama dengan kita jauh-jauh dari parents. Kira kita nak berbahu pun dengan bahu kawan. Nak cerita masalah pun dekat diorang.

Kedua, bila kita masuk uni, kita jumpa kelompok kita. Tak faham? Macam zaman sekolah, kita dikelaskan ikut kebodohan dan kepandaian kita. Di universiti kita dikelaskan ikut course yang kita pilih. So, kawan uni lebih serasi dengan kita.

Terakhir, kawan universiti kita tak tukar-tukar. Kalau kita empat semester, empat semester lah dengan kawan universiti. Kalau time sekolah, kita asyik tukar-tukar kelas dan jumpa orang baru, dan kena cari kawan balik.

Korang setuju tak dengan aku? Kalau tak setuju, komen kenapa. Kalau setuju, pun komen juga.


Ini gambar aku bersama dengan kawan sekolah. Pada mulanya, masa aku form 4 aku rasa aku dah jumpa kawan sebenar. Sebab form 4 and form 5 satu kelas kan. Tapi nampak macam tak. Sebab tengok lah lepas zaman universiti, masing-masing senyap. Ajak lepak pun tak. Tiba-tiba update status tengah lepak, rupanya tak nak aku join (MYBE). Tapi aku tak kisah pun.

Aku tak cakap pun kawan sekolah jahat. Diorang baik. Diorang tak pernah pun pukul aku, buli aku. Just, adalah beberapa perkara yang buat aku sakit hati dan aku tak nak lah cerita. Kot, kawan sekolah aku usha pula blog ni. 

Kawan aku ada cakap, kalau kau lepak dengan kawan sekolah pun, masing-masing cerita zaman universiti and kawan universiti diorang. Dan nampaknya betul.

Kakak aku pun ada cerita, kawan sekolah ni, habis sekolah hilang lah. Kawan universiti lain. Aku mula-mula tak faham apa yang lain. Sekarang baru aku faham. Begitu rupanya.

Korang nak story pendapat korang, silakan. Aku sedia membaca dan respon.

Jumpa lagi.
Sekian.

28 ulasan:

  1. student animasi. patut la blog menarik >.<

    BalasPadam
  2. dua2 ada kelebihan ..macam saya disebabkan sekolah dekat sengan rumah so senang ziarah member tapi kawan uni semua jauh2...but bila dekat uni we always spend time each other and bila ada peluang mesti keluar sebab bila dah habis uni mesti susah nak kumpul balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. mirul merasa time PKP ni. Jadi rindu dengan kawan uni.

      Padam
  3. Rindu dengan kawan-kawan waktu zaman study dulu. Betullah tu, kawan sekolah ada beberapa kerat ja yang masih keep in touch. btw serious blog ni nice! Cantik teruk bro. btw follow sini :)

    BalasPadam
  4. cantiklah blog kau..simple but awesome! haih tak dan agi masuk U,baru lepas STP..
    Tapi bagi aq la kan,kawan waktu STP lagi menambah kenangan drpd f5 ng f4..

    BalasPadam
  5. Kemas blog, ada scheme warna tersendiri, lawa lukisan

    Kawan x kesah yg mana2 asal masih sntiasa berhubung n nak2 yg selalu ada time susah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga tu. Asalkan ada time susah dan senang.

      Padam
  6. dulu lepas sekolah umi x de la contact kwn sgt sbb buat hal masing2 baru sejak 4-5 tahun kebelakangan ni dah try hard utk catch up dgn diaorg...seronok juga tgk mcm mana diaorg achieve dlm hidup dan berkeluarga..

    BalasPadam
  7. Tak habis sekolah lagi jadi tak tahulaaa kawan universiti macam mana nanti haha but so far kawan sekolah lah yang paling memahami dan sekepala! :)

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. yess akhirnya ada orang faham. bagi aku, kawan sekolah rendah ni mak bapak aku pun kenal. so dah macam adik beradik. paling tahu perangai aku macam mana. tapi, kawan sekolah menengah.., entahlah. ada lah sorang dua yang lekat. tapi kawan uni memang rapat. maybe sebab kita kenal masa dah matang sikit. kita dah kenal diri sendiri, dan kita pun cari yang paling serasi la kot. btw, aku sejenis yang tak reti on call dgn org. nampak mcm seronok tapi bagi aku awkward sikit huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh betul jugak tu, mybe kita kenal diorang masa kita sesama matang.

      Padam
  9. aku masa kat sekolah memang pendiam so tak ramai kawan. bila masuk U, aku ubah diri aku jadi lebih banyak bercakap, dah pandai bergurau, tak terlalu pemalu dengan lelaki. boleh kata aku banyak berubah, dah takde cover2 sangat(tapi masih jaga batas haha). kawan U yang paling rapat skali, even dah habis blaja pun kitorang masih gila2.

    seronok sebenarnya bila kita jadi diri sendiri n jadi friendly ni. kawan2 akan terima perangai gila kita dan lebih selesa nak bergurau dengan diri. rasa menyesal masa zaman skola dulu tak dapat nk cipta memori dengan kawan2 sebab pendiam sangat haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, kadang-kadang kita xde kawan sesama zaman sekolah itu, salah kita juga. Sebab mybe time tu kita tak belajar lagi nak bergaul dan kita tak berani nak ubah perangai secara mengejut dan buat orang lagi tak nak berkawan dengan kita.

      Padam
  10. Teda kawan bah saya ni. Semua saya tinggalkan sejak bergelar isteri. T^T

    bisok kau kawan, kau kawan sama bini saja. sian dia lonely.

    Eh dah nape pulak? Haha gurau, tapi bab kawan memang sis dah tak ada yang nak di whatsapp, kol tiap hari. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis dah bersuami ke. Kalau bersuami mmg susah sikit nak berkawan.

      Padam
  11. saya dah banyak kali pengalaman tukr2 universiti..satu universiti,ada kawan yang berbeza..means,akn ada kwn rapat sorg dua...
    kalau skola rendah smpai skrg,ada bff sorang rpt
    kalau skola menengah...harammm 😂

    betullh..dah masuk Universiti ni baru jumpa kawan yang okay..cuma sama ada diorang stay atau tak..ala masing2 busy kan...sebab dlu saya diploma,sekrg degree...kawan berubah gk kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dikatakan betul. Lepastu masing-masing pula kahwin, dah kahwin makin renggang mybe.

      Padam
  12. aku pun lebih suka kawan Uni sbb diorg ada dgn aku time susah n aku selesa nk cerita mslh dgn diorg. Alhamdulillah i keep my circle small and be only with positive people :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, kalau kawan ramai sangat, banyak pula hati kena jaga.

      Padam
  13. Kita tak ada kawan uni sebab belajar sampai form 6 je. Degree tak sambung
    🤣
    Tapi tak kisahlah kawan zaman bila biasa mesti ada seorang 2 je yg kita ngam dan rapat. Kadang² boleh jadi kawan sebab kenal dekat mana²...mcm dekat event larian/selalu jumpa dekat port jogging.

    Salam ramadhan btw...follow sini

    BalasPadam
  14. for me, aku still rapat dengan kwan sekolah and also kawan masa diploma and degree. maybe sebab aku sekolah asrama so dari zaman sekolah dah duduk jauh dari family. dua tahun jumpa muka sama pergi makan sama. masuk diploma pastu ke degree, kawan yang masa dipoma jugak yang jumpa jadi classmate lagi. dengan macam ramai kawan en? takpun. aku jenis keep a very small circle. aku kawan semua tapi yang bebetul rapat pun sorang dia je :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow menarik, bukan slalu dapat dengar story orang macam ni.

      Padam